Monday 4 February 2013

Jelajah 7 Negeri (Siri 4)

Peta Negeri Terengganu

Salam sahabat-sahabat sekalian.. aku mohon maaf sebab lama tak ubdate siri 4 jelajah 7 negeri.. almaklumlah balik kampung... kalau kat kampung ni tak de wifi so tak boleh la nak ubdate.. ok kali ni aku cerita plak pasal negeri ke 4 kami jelajah iaitu negeri Terengganu..

Lepas je kami bergerak dari R&R tu kami pun terus la perjalanan ke terengganu..masa laludekta kawan laang kelapa sawit tu.. aku mula tak sedap hati.. yela jalan tu gelap gila.. mana tak takut beb.. walaupun dalam keta tu ramai & semua laki tapi ketakutan tu mesti la ada.. aku risau si arsahad tu.. yela dia bawka keta dari tanjung malim.. aku risau dia tidur je.. kalu tidur mau kami sondol poko kelapa sawit tu.. hahah.. aku apa lagi tolong si arsad tu urut tekuk dia.. bagi dai tak mengantok.. nasib baik dia tak terasang.. hahahah

masa dalam perjalan tu.. si Hadi ni mulut agak puaka jugak.. boleh pulak dia cerita hantu time ni.. dia cerita dekat jalan tu ada kedai bunian.. sebab kawan dia pernah lalu dekat situ sorang-sorang. dan berhenti makan.. esk tu dia cerita tak ada kedai.. dia pun g balik tempat dia makan. dia tengok duit yang dia bayar tu bertaburan dekat tanah.. peh.. agak menyeramkan... heheheh..

masa tengah seronok si arsahad tu melayang selekoh jalan gelap tu.. ada pulak si mat gian boleh pulak tidur atas jalan raya time tu. nasib baik arshad sempat mengelak.. kalau tak memang dah langgar kaki dia.. yela tidur tengah-tengah jalan kot. mula-mula arshad ingat sampah.. tapi bila dekat baru nampak orang.. ishnyaris tak langgar.. kalau tak memang pendek umur mat gian tu..

lepas dari tu.. kami pun berhenti dekat petronas bandar mutakkil billah shah.. aku sampai jer dekat petronas tu.. g tandas la.. dah lama menahan.. hahahha.. si Tommy memang laju je menuju ke tandas.. semala dok dalam keta tommy ni antara pendiam.. rupanya menyimpan seribu rahsia.. hahah... yea dia buang air sampai 15 minit ada la.. peh bape harinya simpan aku pun tak tahu la..  lepas isi minyakkami rehat sat.. aku g beli burger buat mengisi perut yang sedang bernyanyi.. hahhah.. lagi pun nak rehatkan enjin keta tu.. yela dh panas.. so rehat makn burger dulu..

lepas rehat kami pun terus menuju ke Rumah hadi yang terletak di kawasan Mahir, Kuala Terengganu.. kami sampai rumah Hadi dalam pukul 1 macam tu.. sampai je.. kami rehat-rehat dulu.. yang wanita-wanita solehah tu bantu kak hadi buat air dekat dapur. Masa tu kami yang Mamat Rock ni mula la buat plan nak kuar.. hahah lepas mium air Teh dan keropok ikan.. kami pun nak kuar la.. si Nabillah tu selalu merengek nak ikot.. memang macam budak kecik.. hahhah lawak-lawak.. tapi kami tinggal jgak.. kami pun gerak la.. kami lepak-lepak kat pantai teluk ketapang sambil berposing.. hahha posing pukul 3 pagi.. memang gila la.. 

hadi bawa kami pusing-pusing & melawan UMT dan UnisZA.. yela kena la berposing dulu sebagai bukti dah sampai terengganu.. hahhaha.. lepas penat berposing.. kami pun g makan.. peh kedai makan ni memang tak boleh blah.. kami order lain dapat lain.. yang tak boleh tahan tu yang kam iorder tak dapat lansung.. memang masalah.. kami balik umh hadi & tidur..

keesokan harinya.. waktu pagi tu. si Nabillah tu mula la kejut kami macam aku cerita dekat sinopsis Jelajah & negeri tu.. time tu si Ter baling bantal dekat aku. memang panas gila time tu aku dekat Ter.. nasib baik dekat umah hadi tu sejuk.. hahahha..

lepas bersiap.. kami sarapan.. semua orang tunggu kat luar.. time ni si Zafri buat pengumuman penting. korang tahu pasal apa? pasal boxer dalm bilik air. ceh tak guna... malu aku time tu.. tapi masih buat muka stedy..

kami pun bergerak ke Masjid Hadhari Jertih sebab Syafiq Akn melansungkan Akad Nikah di masjid tu.. masa dalam perjalanan tu.. Si hadi ni buat lawak.. dia boleh tidur sebalh aku.. pastu bangun kejap urt aku & tidur balik.. memang tak aci betul.. diorg suma tidur aku plak kena drive.. yala kesian dekat Arshad sebab dah drive lama kot.. si Tommy ckp dekat aku masa dia tengok aku menguap.. macam ni dia ckap " Kay... jangan terpengaruh.. fokus kay.." yala.. time tu aku tengok si hadi ni tidur.. 

kami sampai masjid Hadhri pukul 10.40 pagi.. masa tu Syafiq dah selesai akad nikah. so takpa dah terlepas.. kami ambik gambar sambil ucap taniah.. kami pun ikut syafiq ke rumah pengantin perempuan tok jamuan makan.. selesai makan kami pun mintak untuk berangkat balik.. time salam tu.. aku ucap kat Syafiq "selamat berjuang" hahah.. faham-fahamlah orang baru kahwin kn??? hahh

lepas je kami salam, kami pun berangkat balik.. masa time balik tu kami balik ikut kelantan.. hyahahh yessszzzaa.. aku tak pernah sampai kelantan.. kalau korang nak tahu apa yang berlaku di kelantan.. tunggu la Jelajah 7 Negeri siri 5 pulak.. aku pun dah penat taip ni,,, dah macam assignment pulak.. nanti aku ubdate pulak cerita ni k.. ok bye-bye...

No comments:

Post a Comment