Thursday 29 August 2013

Suprise Dari Kelas 2 Bukhari

kata-kata daripada 2 Bukhari

assalamualaikum para pembaca sekalian...

kali nie aku nk cerita tentang suprise yg dibuat oleh pelajar-pelajar 2 Bukhari.. perkara nie berlaku masa kelas aku tadi masa pukul 2. masa tu aku berada dekat bilik guru.. yela nk dok mana lagi dekat bilik guru la.. lepas jer aku tanda lembaran kerja kelas 2 Bukhari ni.. aku pun bersedia la nak g kelas diorang. 

sebaik sahaja aku sampai dikelas.. macam besa la menuju ke meja guru yang berada ditengah kelas. macam biasa aku akan melihat apa sahaja yang ada di meja guru tu.. masa tu aku dh ternampak kertas yang tertulis dengan warna warni.. ala yang gambar kat atas tu la.. masa aku tertengok tu.. aku dah terkejut.. tapi sebagai seorang guru yang profesional.. aku wt mcm tak dak apa berlaku.. tapi sebenarnya memang aku terkejut baca tulisan yang ditulis di atas kertas tu.. so aku pun wt slamba rock jer.. yela mana tak terkejut bila tengok ada tulisan nama kita kn.. mesti la terkjut.. aku ambil kertas tu.. n aku simpan.. aku tak baca pun time tu..

tapi aku heran ada 2 belon kecik yang tulis nama aku.. n tulis kami 2 Bukhari sayang cikgu khairul hanafi.. so aku nak belek belon tu tp takut meletup.. so aku baca la tulisan dekat belon tu.. rasa sebak pulak time tu.. tapi still caver... yela laki kan.. hahahhaha... yang lagi pelik ada satu kotak selinder betol2 kat depan aku.. yang bertulis inhalan musuh kita.. aku pun nak tergelak la.. apahal kotak tu ada kat situ.. rupa2nya ada belon yang paling besar dalam kotak tu.. diorang pun suruh aku baca tulisan dekat belon tu.. aku pun baca la.. tapi kecut perut jgak takot belon tu meletup.. mcam2 diorag tulis kat belon tu... yang paling aku,.. tulisan " 1 Bukhari Jangan Rampas Cikgu Kami.."' lawak2 betul2 diorang nie... marah sungguh bila ada orang rapat dengan aku... 

tapi aku tak sangka la.. padahal aku cuma nak g KL jer esk petang bukan nak g mana pun.. risau sungguh la diorang nie.. memang ssh nak berjauh dengan aku la diorang nie.. ni yang wt aku rasa sebak sangat.. korang semua nak tahu. kat dalam gambar yang kat atas tu ada tulisan luahan perasaan n kata2 semangat n kata2 sedih.. korang tengok la gambar kat bawah nie.,..

nie la tulisan luahan para pelajar 2 Bukhari

emmm.. macam manalah kalau tempoh pratikum nie tamat.. mesti susah diorang nak lepaskan aku pergi.. aku harap diorang akan tabah menempuhi hari terakhir aku bersama diorang... 

FOR MY STUDENT 2 BUKHARI : TERIMA KASIH SEBAB BUAT SUPRISE KAT CIKGU.. SERIUS CIKGU CAKAP, CIKGU AMAT TERHARU DENGAN KEJUTAN YANG KAMU SEMUA BUAT.. TERIMA KASIH JUGAK SEBAB SAYANGKAN CIKGU.. UNTUK PENGETAHUAN SEMUA.. CIKGU PUN BERAT HATI NAK TINGGALKAN KAMU SEMUA. SEKARANG CIKGU DOK MENGHITUNG HARI UNTUK BERSAMA KAMU SEMUA. IKHLAS DARI HATI.. CIKGU SAYANG SEMUA PELAJAR-PELAJAR CIKGU TERUTAMA SEMUA PELAJAR 2 BUKHARI.. I LOVE 2 BUKHARI..

ok sampai disini je kot yang aku boleh cerita sebab tangan dah lenguh idea dah mati..nanti aku samabung lagi k.. smile always (^_^)

Wednesday 28 August 2013

Memory 2 Bukhari

kenangan bersama 2 Bukhari

Bismillah Hirrahma nirrahim.. dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.. alhamdulillah segala puji bagi Allah ke atas nikmat kehidupan dan juga nikmat penafasan yang masih di pinjam ke atas diri untuk menyambung kembali menulis di blog sy ini.

alhamdullilah atas izinNya. sy di sini mohon seribu kemaafan kepada kaum keluarga serta kawan-kawan kerana sudah lama blog ini menyepi.. masalah utama yang tak dapat di elakkan adalah disebabkan tiada wifi.. tu la puncanya..hehehe

ok kali ini aku nk cerita mengenai sweet memory aku.. untuk pengetahuan semua.. aku sekarang sudah bergelar seorang guru. walaupun hanya sekadar guru pratikum tapi tak kesah la yang pasti aku tetap akan menjadi seorang guru seperti janji ku dengan arwah ibu ku tersayang..

gambar yang aku letak di atas tu adalah gambar aku bersama pelajar-pelajar 2 Bukhari Ssekolah Menengah Kebangsaan Gunung Memanggol.. tapi aku bukan mengajar 2 Bukhari ja.. tetapi ada 5 kelas lagi.. tingkatan 3 Muslim, 3 Nasaie, 3 Tirmizi, 4 Ttirmizi dan 4 Ibnu Majah. tapi yang specialnya kelas 2 Bukhari ni daripada kelas-kelas lain.. diorg nie dh mcm xblh nk berpisah dengan aku... yg paling heran dengan diorg nie.. diorg xbg aku keluar kelas walaupun waktu aku dh lama berakhir.. adalah satu hari tu.. aku terambil masa ustaz Ridzuan sampai 20 minit.. jenuh ustaz tu tunggu kat luar kelas.. diorg xbagi aku keluar kelas.. n diorg xnk bg ustaz masuk.. hahah. macam2 hal..

Macam2 perangai diorang nie.. yang terbaru.. diorg ni merajuk dengan aku disebabkan aku melayan pelajar 1 Bukhari.. dah mcm perang dah.. diorg boleh bergaduh dengan 1 Bukhari.. diorg cakap 1 Bukhari nk rampas aku daripada diorg.. ish mcm2 perangai.. aku pun xtaw la knpa diorg boleh mcm tu.. n aku siap kna marah lagi sebab aku layan budak 1 Bukhari.. diorg ckp cikgu hanya ganti kelas diorg ja.. bukan kena ajar diorg.. adoi.. aku nek pening betul dengan diorg nie.. yang betul2 marah si Mira n Si Tasha.. marah sakan diorg.. tak tahu la kenapa...

tp yang aku suka dengan kelas nie, diorang suka belajar.. walaupun jujur n serius aku tak suka kawan dengan orang yang tengok buku selalu tapi lain dengan diorg.. diorang selalu datang jumpe aku untuk tanya soalan atau tanya tentang kerja yang diorg tak faham.. n selalu jugak la datang umh aku time siang ke malam ke tak kira waktu untuk tnya tentang kerja sekolah.. yang tak boleh belah ajak aku menyembang.. tapi aku tak kesah pun. maybe kalau ckgu lain tak bg student datang rumah.. tapi jenis aku tak kesah pun.. sebab bagi aku kalau kita berjauhan dengan pelajar mana kita nk tahu masalah diorg.. so aku bantu je setakat aku mampu.

gambar yang diatas tu semasa aku buat kelas tambahan dengan diorg.. time tu aku ada bagi sebuah lagu untuk diorg hafal n nyanyikan dekat aku masa hari terakhir aku nanti.. tpai masing2 cakap tak hafal n tak nak nyanyi kat aku.. time kelas tu sempat jugak aku tnjukan pesembahan magic. bg diorg happy.. tp perkara yang aku fikirkan sekarang nie boleh ke diorang nak berpisah dengan aku nanti..??? macam mana dengan pelajaran diorg kalau aku tak de nanti.. ??? emmm aku harap diorg kena faham.. aku hnya guru pratikum bukan guru sebenar lagi... cikgu itu milik semua pelajar.. orang cakap setiap pertemuan pasti ada perpisahan.. untuk kelas 2 bukhari.. teruskan usaha untuk capai cita2 masing.. cikgu doakan kejayaan kamu semua, lebih2 lagi dalam subjek sejarah... ok semua???

aku rasa itu je kot yang aku boleh cerita.. tnggu la cerita yang seterusnya.. jumpe lagi k.. smile always ( ^_^)