Saturday 14 June 2014

KENANGAN TEATER KATA PERAK


assalamualaikum semua pembaca sekalian..

pertama sekali aku nk minta maaf jika aku dh lama xupdate coretan dan kata-kata kat blog aku nie.. maaf la bukan bz ke bukan xdaka masa tetapi aku terlupa password.. tp alhmdulillah nasib baik aku teringat yang aku ada simpan password dalam buku nota aku.. so boleh la update.. agak lama juga blog ini menyepi.. heheh kesian2.

sekarang nie aku nk cerita serba sedikit mengenai teater Kata Perak nie.. teater nie adalah teater terakhir ku di UPSI.. heheh.. Alhmdulillah teater nie dah pun di pentas kan di dewan Besar UPSI pada malam hari guru tahun ini iaitu 16HB MEI 2014..

Aku join teater ni pun dah agak lewat tak silap dalam minggu ke 4 or minggu ke 5 kuliah tak silap aku la.. ni pun sebab dapat panggilan dari pada Prof Mana minta aku bantu teater nie.. tapi masa tu aku datang just tengok-tengok dan beri sedikit tunjuk ajar. lagi pun aku bukan selalu berada di UPSI. sebab dok sibuk dengan pengurusan kelas tuisyen aku di Lembah Beriah.. so aku hnya ada kt UPSI hari Selasa dan Hari Rabu sahaja.. malam rabu dah gerak balik bukit merah.. hheheh... selasa rabu tu pun sebab aku ada kelas kt UPSI je.. klu xde mmg xdtg terus..

Pengarah sebenar teater nie pelajar sem 2.. aku cuma datang n bantu-bantu jer xterlintas lansung untuk jadi pengarah teater nie.. tapi bila aku dok bantu diorg..diorang mntak aku jadi pengarah bersama.. mula jadi serba salah.. tapi bila diorang dah minx.. so terima la.. teater nie teater yang ke 6 aku join.. yang pertama Pasir-Pasir Di Pasir Salak Versi 1-3 dimana aku belakon dan jadi penolong pengarah.. Pastu drama Catatan Tun Seri Lanang dimana menjadi Pengarah Bersama, Drama Merdeka pun aku menjadi Pengarah Bersama, Drama Jejak Pahlawan sebagai Pengarah, teater Renjong sebagai Pembantu Pengarahan dan Akhir Sekali teater ni la..

aku tengok budak-budak dalam teater nie agak berpuak-puak.. mungkin sebab dalam teater nie berlainan cos dan sem.. ada cos sastera, BM & sejarah.. sem pulak berbeza, sem 2 sem 4 n sem 5 tak silap aku.. so bila berlaku berpuak2 nie biasa la.. ramai yang xkenal.. bila aku tengok diorg berpuak2 mcm nie mcm mna nk bentuk scene dalam drama.. so terpaksalah menggunakan idea giler aku.. korang nak tahu apa dia.. aku masuk jer semua puak tu.. yang paling bes bila guna penyapu untuk cuba beri keceriaan kt diorang.. abs semua kaki budak2 tu aku sapu,. biar padan dengan muka.. dok sombong sangat.. yang paling bes ada cakap kena penyapu tu tak kawin.. mana diorg belajar pun aku xtaw.. ada jugak ckp penyapu tu kotor.. meh aku nk balas.. penyapu tu mmg kotor.. tapi kotor dengan habuk dan sampah jer.. yang korang kotor dengan dosa tak ingat pula.. so mana yang lebih mulia penyapu ke korang?? tu dia gila ayat.. heheh gurau jer.. jangan marah... smile.. hehehe

so sambung balik.. byk merapu nie.. hehehe so dengan apa yang aku buat dapat la menyatukan budak2 tu.. sebenarnya jelas dan ikhlas aku ckp.. skrip dia mmg hebat tp amat membosankan.. aku jenuh fikir mcm mna nk enjoykan skrip tu.. tmbah2 babak 2, babak sultan, babak pasar, babak rumah tun saban.. bosan sangat2.. jenuh aku fikir.. kalau dipentaskan mmg ramai orang tidur & balik.. takut aku jadi teater yang dipentaskan sebelum nie kt UPSI.. takut.. masa minggu ke-9 aku dh stay kt UPSI sampailah pementasan.. masa tu dah kena latihan berat dah.. kne wt terbaik.. masa tu marah dh mmg wajib ada la.. sbb diorng nie xkan gerak jika xde arahan.. macam blur la.. tapi bila dah diajar baru boleh gerak sendiri.. time ni mmg bgs.


dalam teater nie ada dua 3 kumpulan yang boleh dikata rapat dan sering lepak2 dengan aku.. yang lain tu bukan kate xlepak cuma xrapat la.. yang rapat kalau plkon tu, saban, zamin, sumerah, dinah, yang krew lain mcm penari, audi n prop antara yang rapat la.. yang suka sering tnya tentang kerja diorg bgs.. yang lain agak tenggelam skit la... so fkr punya fikir2 baru dpat idea mcm mna nk mencantikan teater nie..

sesi latihah drama
tentera siam

 krew busana dan kostum

orang kampung








krew lighting dan pelakon

semua krew produksi


penari perasan bagus.. heheh

macam2 gaya

lepas jer latihan.. fikir2 punya fikir.. so dpat idea aku buat pertukaran watak n cuba untuk masukan usur2 humour pada babak n watak yang bagi aku boleh jadikan cara untuk biar penonton tunggu.. sebelum aku wat pertukaran.. aku tanya pada pelakon n semua krew.. aku tanya.. korang nk menang atau korang nak hiburkan penonton.. so diorang nk hiburkan penonton.. sebab kalau kemenangan yang kita cari kepuasan pada pementasan teater diorang xkan dpt.. tapi hiburkan penonton yang diorang cari.. diorg akan dapat apa itu kepuasan.. wat apa menang.. kalau yang tgk smpai habis dalam 2 3 orang.. apa keseronokan yang dapat..so tibalah hari pementasan.. pementsan Teater Kata Perak nie berubah hampir 50 % daripada Full dress reaseal. tgk la gmbr kt bawah ne.. mls nk taip dh..

penonton yang hadir






Disebalik tabir







Semasa Pementasan







Selepas Pementasan




kenangan terakhir dalam teater

selepas pementasan kami semua.. kami menadah tangan tanda syukur pada Allah.. apa kami hajati itu di makbulkan Allah.. niat kami nk hiburkan penonton.. so kami dapat hiburkan penonton walaupun kami tak menang dalam pementasan teater kami.. tapi aku berbangga sbb diorang dapat erti kekeluargaan.. taniah semua.. jaga diri semua.. jumpe lagi..

 itu sahaja yang dapat aku coretkan pada korang semua.. apa-apa pun terima kasih sebab sudia membaca... bye2 smile always/.

Monday 17 February 2014

Alam Akhirat



Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.
✐'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlahkitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah /Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.
✐Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.y
✐Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.
✐Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang xdapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat.

Wednesday 8 January 2014

Teka Teki Menarik Jawapan Sangat pelik


Samalullahhualaikum sahabat-sahabat dan juga para pembaca sekalian.. kali nie aku nk cerita pasal aku dengan anak kak aku main teka teki. xtaw la apa kenapa tapi memang lawak. anak kak aku nie nama dia Rafil umur dia 9 tahun. walaupun dia budak-budak2 lagi tapi genius la.. oke mcm nie teka-teki dia.

Rafil : Paksu jom main teka teki..
Aku : ok jom.. hg teka, paksu jawab..
Rafil : ok..

Permainan teka teki pun bermula

Round 1
Rafil : Banyak-banyak singa.. singa apa yang takdak bulu ketiak??
aku  : anak singa..
Rafil : salah
aku  : bby singa baru lahir
Rafil : salah
aku  : xtaw
rafil  : jawapan dia, singa tu cukur bulu ketiak..
Aku : hare

Round 2
Rafil : Paksu banyak2 harimau. harimau apa warna hitam??
aku  : Harimau Kumbang
Rafil : Salah
aku  : xtaw
Rafil : jawpaan dia, harimau jatuh terkena cat hitam.
aku: : %^&*

Round 3

Rafil : banyak2 biawak, biawak apa makan ikut mulut
Aku : biawak komodo
Rafil : salah.. jawapan dia semua biawak makan ikut mulut.. mana ada biawak makan ikut hidung
Aku  : ya xya jgk

Round 4

Rafil : banyak2 mee, mee apa dalam mangkuk
Aku : mee maggi..
Rafil : Salah.. jawapannya mee bandung..
Aku : apa plak...
Rafiil : ya la paksu ckp mee maggi, jawapan dia mee bandung
aku  : awt hg xckp mee tomyum ka, mee sup ja.. panas hati aku

Round 5

Rafil : banyak2 ayam.. ayam apa xdk bulu
aku  : ayam dh sembelih
Rafil : salah
aku. : ayam dh cabut bulu
Rafil : salah.. jawapan dia ayam kat giant.. haritu apil tengok xdk bulu..
Aku : $%$%^&&*

Round 6

Rafil : Banyak2 kucing, kucing apa yang kuar darah
Aku : kucing kena langgar
Rafil : salah
aku  : kucing jatuh bangunan
Rafil : salah.. jawapan dia, kucing tengah period.
aku  : hare budak nie

Round 7

Rafil : banyak2 wau, wau apa dalam minyak
aku  : termenung sekejap..
Rafil : Cepat la..
Aku  : xtaw..
Rafil  : Jawapan dia kuih loyang..
Aku  : aku, apa kena mengena kuih loyang dengan wau??
Rafil  : yela, kita sebut macam nie. wau kuih loyang..
Aku  : (panas je hati)

Round 8

Rafil : banyak2 ular, ular apa yang suka makan kuah
Aku : ada ka ular makan kuah??
Rafil.: ada lah.. apil tengok
Aku : ular senduk
Rafil : salah
aku  : abis ular apa??
Rafil : Ular lapar..
aku  : kalau lapar, makan la katak
Rafil : dia xsmpat.. katak dah lompat.. sempat makan kuah ja..
Aku : Mcm nk boh penyepak jer

Round 9

Rafil : banyak2 telur, telur apa yang busuk
Aku : ala senang jer. telur kemburuk / tembelang
Rafil : salah.. salah.. salah
Aku : telur hang..
Rafil : salah.. telur apil wangi. tadi apil boh sabun
Aku  : abis telur apa
Rafil  : telur kemarin.
Aku  : apa telur kemarin
Rafil  : yala td apil tgk bawah tudung salji tu telur tu dh busuk

hehehehehhe... tu la serba sedikit aku nk kongsi dengan korang semua.. memang panas hati main teka teki dgn budak nie.. aku igt balik, naik sakit perut aku gelak.. ok.. bye2