Monday 28 January 2013

Jelajah 7 Negeri (Siri 3)

Peta Negeri Pahang

Salam Semua,, bertemu kembali kita pada Jelajah 7 Negeri Siri 3..

Heheheeh.. Mybe korang dah tak sabar-sabar menunggu Siri 3 ni kan..??? Oklah kali ni aku cerita pulak pasal jelajah negeri Pahang..

Lepas kami naik Genting Highland tu, kami pun lalu ikut Genting Sepah sebab arah tuju kami nak ke Kuantan.. sebab kalau nak g Terengganu kena ikut arah Highway Pantai Timur.. So kami pun gerak la ikut kuantan.. masa dalam perjalanan tu.. macam besalah aku nie memang peneman setia.. aku teman si Galah Panjang tu drive,, sape lagi kalau bukan Arshad,. time tu hujan lebat.. aku memang risau la.. sebab jalan kan licin. aku kalau dalam keadaan risau memang tak boleh tidur la jawabnya.. yang dibelakang Si Ter & Hadi memang tak boleh cakap apa la.. diorang memang tidur tapi tidur-tidur ayam jela.. kejap jage kejap tidur.. waktu tu dah dekat nak magrib.. masa tengah rancak dalam perjalanan tu.. tiba-tiba HP si Arshad berbunyi.. rupanya msg dari Ayob.. dalam msg tu berbunyi macam nio..kalau ada perhentian berhenti adik nak buang air".. aku yang baca msg tu.. aku ingat time tu si Adik kecik (Nabilah) yang nak buang air.. aku pun cakap dekat hadi & arshad.. aku cakap napalah si Kecik tu tak bawak botol.. kan senang buang air dalam botol.. kami gelak satu keta.. hahahahah lawak gila time tu...yela dok mengutuk dalam keta..nasib baik selamat.. hehehhe 

Dalam perjalanan tu tak silap aku dekat Kuala Lipis kot ade R&R.. Arshad pun bagi Signal belah kiri, kami pun berhenti dekat R&R tu... masa tu hujan lebat gila.. nasib bek aku bawak payung.. so aku guna la payung tu.. yang Hadi, Ter, Arshad & Tommy belanggak hebat.. diorang kuar tak payah pakai payung.. aku tak kira la korang nak cakp apa pun,., aku guna payungn juga,. sebab kepala aku ni sensetif bila kena hujan.. kalau kena confirm selsema or demam..

Sampai je. dekat R&R tu. korang nak tahu sape yang buang air?? si ayob.. rupanya dia cakap adik tu bahasa kiasan.. ceh memang tak senonoh.. aku mati-mati ingat si Nabillah tu,... hahahhah. lepas diorang g lepaskan hajat yang sekian lama diorang menanggung derita.. kami pun bincang untuk makan dulu.. aku dengan Tommy jalan la tengok lauk-lauk yang ada dekat kedai R&R tu.. mula-mula tengok sekali imbas je.. mencari lauk yang berkenan di hati.. Arshad Makan Mee sup.. aku dengan Tommy ingat nak makan nasi.. aku pun pusing punya pusing.. tak silap aku dekat 5 kali aku pusing nak cari lauk yang aku nak makan.. mula-mula aku dah berkenan dengan lauk ikan Patin masak tempoyak.. tengok harga dia.... satu ketul RM7.. heeemmm putus nafsu nak makan.. aku tengok Ter & Hadi makan nasi lemak ayam berempah.. dekat RM6 jugak,.,. aku fikir punya fikir,., last-last aku makan nasi putih lauk ikan keli dengan kuah tempoyak ikan patin.. tak dapat makan ikan patin dapat makn kuah pun jadi la.. tu RM5.70 kot.. heheh 

lepas makan.. aku pun sembang-sembang la dengan diorang.. masa tu aku nampak payung.. aku pun nak ambik.. last-last Mawar cakap payung dia.. hah sudah.. mana pulak payung aku tadi.. aku ni memang cepat lupa kalau barang tu aku pegang aku letak dekat mana-mana mesti tertinggal punya.. aku pun cari balik,., nasib baik payung ada dekat kedai yang aku beli nasi tadi.. fuhhh... selamat ada.. nasibn baik tokey kedai tu tak jual sekali payung aku.. kalau tak mesti tak jumpa balik..

lepas aku jumpa payung tu aku soh Tommy pegang sebab kami nak gi Solat Maghrib.. semasa aku solat maghrib ni satu peristiwa yang tak diduga belaku.. korang nak tahu apa dia??? ni aku cerita.. masa aku buat solat magrib tu.. aku sujud tak de sejadah.. sebab semua sejadah ada orang guna.. lepas rakaat pertama.. si Hadi dengan niat yang baik letakkan sejadah bahagian kaki dekat depan aku,.,. supaya aku sujud ada sejadah la.. time aku sujud tu.. korang nak taw apa berlaku..??? aku dengan confidentnya menarik nafas untuk sujud.. last-last bau kaki sape tah yang melekat dekat sejadah tu punya la kuat.. sampai otak aku terus  Stuck.. bau dia menikam jiwa owhh... kalau korang bau aku rasa boleh pengsan.. nak tak nak.,. solat mesti diteruskan.. walaupun hati diganggu dengan bau kaki yang mengharumkan jiwa aku.. hahahha.. gila siot.. boleh sesak nafas aku bau sejadah tu.. so lepas rakaat kedua.. masok rakaat ketiga.. aku sabar dan redha dengan penuh pengharapan dan kekhusyukan.. aku sujud dengan menahan nafasku supaya bau kaki dekat sejadah tu tidak menerjah jiwa dan menggangu kekusyukan ku untuk menyembah Allah yang Satu.. hahahhah

Lepas solat maghrib aku jamak sekali dengan Isyak.. terpaksa 2 rakaat isyak aku menahan nafas daripada mencium bau sejadah tersebut,, baru niat dihati nak buat solat sunat hajat.. tapi bila keadaan memaksa aku untuk terus meninggalkan surau dengan secepat mungkin supaya bau tadi tidak lagi memasuki lubang hidung ku.. naik pening jugak aku...

lepas solat.. kami pun berkumpul.. dan bersiap sedia.. yang aku lawak time ni.. Si Kecik tu deret jadi bahan untuk kami gelak.. teka-teki yang diorang main di dalam keta tu tidak boleh didedahkan.. sebab sifatnya terlalu privasi.. kalau korang nak tahu apa dia.. tanya la geng masuk air Zafri dan Ayob.. sebab tu rahsia diorang... aku tak tahu,,. ok lepas tu kami teruskan perjalan menuju ke Kuala terengganu.. 

hah sampai sini je aku cerita tentang jelajah Pahang,, aku pun dah tak larat nak taip panjang-panjang.. jumpa lagi di Jelajah 7 Negeri Siri 4 di negeri Terengganu pulak k... bye.. bye... bye...

Jelajah 7 Negeri(siri 2)

Peta Selangor

salam semua.. kembali lagi dalam jelajah 7 negeri siri 2..

semalam mungkin korang suma dah baca mengenai sinopsis Jelajah 7 negeri.. kali ni aku cerita lebih detail.. supaya korang pun mungkin ada niat nak jelajah macam kita orang.. kali ni aku cerita mengenai jelajah negeri yang pertama iaitu Selangor..

lepas je kami bertolak dari Tanjung Malim tu.. kami lalu ikut kuala kubu baru.. time tu dah pukul 4 lebih dah. masa pergi tu.. aku, Hadi, Tommy, Ter dan Arshad 1 keta.. Zafri, Ayob, Adik kecik (Nabilah), Zakira & Mawar satu keta.. masa dalam keta aku,, arshad drive, Ter dok sebelah.. Aku, Hadi & Tommy dok belakang.. time tu.. kami bertigha dh macam tin sardin dh.. padat gila.. aku la yg xselesa.. yala mana taknya.. kaki panjang kot.. nak bergerak pun susah.. yang Arshad kat depan deret sound aku.. macam ni dia cakap.. "Kay (nama aku yg diberi oleh Arshad).. jangan tendang kerusi., ganggu aku nk drive".. aku kena sound terus diam.. yela.. nak cakap apa lagi.. kalau nak cakap aku tak selesa nanti takut dia terasa hati.. so aku diam jela.. masa aku diam tu, Ter memang bermaharajalela la.. dia punya sembang, mengalahkan bunyi enjin keta.. aku pun time tu tak berapa nak ada idea.. so aku diam jela.. layan si Ter tu mengarut... nanti kalau aku menyampuk dia touching plak.. sebab anak cina sorang ni sensetif sikit.. so biar la..

Masa dalam perjalanan tu, Arshad cakap nak stop dekat masjid sebab time tu dah masuk Asar so aku cakap ok je.. dalam hati aku ni peluang ni nak tukar tempat duduk.. supaya selesa.. hahahah kejam jugak masa tu.. time sampai je masjid kami pun berhenti.. time tu aku nak tengok sape Ayob yang Arshad selalu cakap tu.. seriusly aku tak kenal Ayob ni sape. yang aku tau Arshad cakap dia YDP KZ. sebab jenis aku ni susah sikit nak ingat nama orang.. tp kalau tengok muka kenal.. bila Ayob kuar je keta.. aku tengok.. dalam hati aku kata.. "mamat ni rupanya".. YDP KZ kot.. aku ingat Ayob ni jenis tegas orang dia.. mula-mula tu nak sembang pun macam malu sikit la.. yela nak sembang dengan YDP KZ nie kena jaga percakapan.. kalau tak nanti tak pasal-pasal kena tarbiah... hahahhahahah.. yela aku nie jenis gila-gila.. cakap memang tak caver punya.. main lepas jer... last-last bila dah kenal si Ayob ni.. rupa-rupanya dia nie jenis masuk air jugak macam kami.. so memang cepat la kitaorang rapat.

Lepas je solat asar dekat masjid Kuala Kubu Baru tu.. aku mula-mula masuk keta duduk belakang.. aku fikir-fikir balik.. nanti aku kena sound dengan si mamat galah panjang tu.. siapa lagi kalau bukan si Arshad tu.. hahahha(jangan marah Arshad nanti kena jual).. aku pun cakap dekat Ter aku nak duduk depan..sebab kaki aku panjang.. Ter mula-mula taknak bagi.. tapi bila aku desak banyak kali.. baru dia bagi.. heheh..

Kami pun teruskan perjalanan.. berhenti dekat petronas dekat batang kali.. sebab kami akan lalu ikut Genting Highland.. masa naik bukit tu.. aku soh Arshad bukak tingkap.. peh udara dia sejuk kot.. masa naik bukit tu memang tengah bosan gila sebab radio keta Arhad rosak pulak.. memang dengar bunyi cengkerik jer.. "krik.. krik." hahah.. aku apa lagi.. aku gunakan kelebihan yang ada pada aku untuk hiburkan orang dalam keta tu.. yela apa lagi aku jadi deejay la.. hahah dulu memang teringin nak jadi deejay.. hahah lawak-lawak,, yang lawak time tu.. Ter dia minta nak menyanyi lagu Ziana Zain.. hahahh lawak-lawak. tak boleh blah.. hahahha

Hadi pulak nak membaca surah al-fatihah.. baru baca bismillah cd rosak plak.. adoi.. sakit perut aku.. lepas je aku diam.. aku tengok belakang../ hampeh... si Ter & Hadi sedang berasmara melayan kepala..(tidur la.. korang jgn pkir bukan-bukan plak).. ehheh.. bila aku tengok diorang tidur.. aku pun diam la...

hah ini cerita pasal kami jelajah negeri selangor.. nanti aku cerita pulak kami jelajah negeri kedua iaitu negeri Pahang.. tunggu siri yang seterusnya,,// bye.. bye..

Sunday 27 January 2013

Sinopsis Jelajah 7 Negeri (Siri 1)

7 Negeri Di Malaysia

Salam Semua... Harap Anda Semua dalam keada sihat sejahtera.. Jangan Lupa baca sampai habis k.. hehhe

Kali ni aku nak cerita dekat korang semua mengenai peristiwa yang gila berlaku dekat aku dan juga kawan-kawan aku yang lebih kurang gila jugak.. hahahah.. peristiwa yang aku cakap gila tu adalah kami 10 orang jelajah 7 negeri dalam masa 2 hari.. hehehhehe.. gila tak..???

Negeri yang kami jelajah adalah 

Perak - Selangor - Pahang - Terengganu - Kelantan - Kedah - Pulau Pinang.

kami mula rancang hanya ke terengganu untuk melihat majlis perkhawinan sahabat kami Syafiq Bin Majid di Jerteh terengganu.. ok aku cerita lebih detail supaya korang semua faham..hehhehe..

Macam ni cerita dia... aku dengan kawan-kawan aku, Arshad, Zafri, Hadi, Ter, Ayob, Mawar, Nabillah, Zakira dan Tommy.. kami 10 orang ni rancang nak g Terengganu dengan niat nak g tengok kawan kami Syafiq yang melansungkan perkhawinannya pada 26hb Jan 2013. Kami bertolak dari Tanjung Malim jam 5 petang.. kami lalu ikut Genting Highland.. Bermula di Perak masuk ikut selangor dan ke Pahang iaitu genting.. hehe.. sampai je pahang dekat area kuala lipis tak silap aku la.. kami berhenti dekata R&R makan & solat dulu sebelum kami bergerak ke Kuala Terengganu sebab bermalam dekat rumah Hadi.. lebih kurang dalam pukul 11 something kereta yang kami bawak pun memasuki sempadan Terengganu.. hahah excited beb sebab firts time aku g negeri sebelah timur nie.. kami berhenti di bandar Muttakil Billah isi minyak n beli burger.. masa ni yang lawaknya Tommy yang dlm kereta dri bertolak ashik diam jer rupanya menyimpan rahsia yang lama.. sampai dekat stesen Petronas dia cepat-cepat g tandas.. hahahahh punya lama beb buang air xsilap aku lebih kurang 10 minit macam tuy.. buang air kecil bukan besar.. bape hari punya simpan pun aku xtaw la.. lawak betol.

lepas tu kami bergerak ke Kuala Terengganu.. kami sampai rumah Hadi dalam pukul 1.30 macam tu la.. lepas makan kopok & minum air teh. bermula la kisah kami yang laki-laki gila ni.. hhaha yela baru samapai dalam pukul 2 keluar pulak g round kuala terengganu.. tak dikatakan gila macam tu.. yang perempuan, kami tinggal la dekat rumah hadi.. yela perempuan tak baik keluar lewat-lewat.. hehehhe kami yang laki-laki ni prihatin.. hahahhah

kami pun pusing la kuala terengganu.. lalu jambatan panjang tengok masjid kristal.. tp time tu lampu masjid tu dh padam jadi xberapa nampak sangat la...

lepas tu hadi lead kami g pantai tempat yang aku suka.. tempat dia teluk ketapang.. nak tengok tempat dia.. ni kat bawah ni..

hah ni time posing dekat Teluk Ketapang

ombak dekat teluk ketapang tu gila punya kuat.. kalau mandi dekat situ confirm kena bawak ke tengah laut.. yela mana taknya kuat gila kot.. aku pun seram... patut la dekat pantai tu ada notis dilarang mandi.. kalau ada yang mandi jugak memang tak faham bahasa la jawabnya.. hahahahh

lepas tu hadi bawak pulak kami g UMT n UNIZA.. yela.. dah alang-alang g terengganu kalau tak g dekat universiti dekat situ mana ada bukti kan??? so kami g la depan gate UMT n UNIZA tok lepaskan kegilaan kami.. hahaha berposing la jawabnya.. dah la pukul 3 pagi.. boleh pulak g ambik gambar.. hahahha..

Posing Di Atas Batu..

Posing Di UMT

hah ni Di UNISZA

nie time gila posing kat Trafic light.


lepas penat posing kami g makan.. korang nak tahu apa yang sialnya kedai makan ni??? dia masak punya la lama.,. macam baru g beli barang.. dah tu kawan aku yang pesan mee goreng dengan nasi goreng pataya lansung tak dapat.. yang aku minta nasi goreng telur mata, dapat nasi goreng je telur mata xde.. mmg sial kn??

detik menunggu Makanan 

 tengah sabar Menunggu makanan


dh bosan wei.. 

tengok.. dah sampai tidur si Arshad

lepas je kita orang makan dekat kedai makan tu.. dengan kenyang pun tak.. dengan geram pun ada. makanan punya mahal dah tu sikit pulak.. abs je makan .. kami pun OTW balik rumah hadi.. tak silap dalam pukul 4 pagi.

keesokan pagi 26hb jan 2013.. peristiwa menyakitkan belaku.. korang nak tahu.. yang si nabilah boleh plak kejut kita orang bangun.. tak silap.. macam ni dia sebut.. " Bangun.. Bangun.. Dah Pagi la.. Nanti lambat.. bangun la... bangun... cepat la bangun..." aku dengar pun nk tergelak.. dengan sore Chumil dia buat.. makin seronok kami tidur.. hahhah.. yang paling aku panas hati dengan Si Ter.. aku baru je tidur pukul 6.30.. sebab selalu kalau lepas makan aku susah nak tidur.. dalam pukul 7.30 xsilap dia kejut aku.. siap baling bantal lagi.. mana tak panas hati..

lepas bersiap kami pun g ke Masjid Hadari kat Jerteh sbb syafiq akad nikah.. dalam pukul 10.40.. kami sampai syafiq sudah selesai akad nikah.. alhamdulillah.. dengan sekali lafaz jer.. 

 
selepas pernikahan Syafiq dan Amira

hah selepas kami makan kenduri syafiq di Jerteh dalam pukul 1 macam tu.. kami pun mintak diri nak balik ke UPSI.. bincang punya bincang.. kami setuju balik ikut kelantan.. sebab kalau nak balik ikut kuala terengganu mau dalam 500 KM juga.. so kami ambik keputusan balik ikut Grik.

yehhhhaaaa... ni yang aku tunggu.. sebab aku tak pernah sampai kelantan.. ya sekarang menjelajah pulak ke kelantan.. heheh hebat x?? kami pun g kelantan.. tak silap aku kami berhenti dekat pasir mas.. nak minum-minum dalam pukul 3.. yela drive je.. mesti penat.. zakira bawak g warung Kurnia Ibu.. orang kelantan cakap warung tu terkenal dengan minuman Air Kelapa Shaclke.. harga dia pun murah n berpatutan.. memang ramai warung dia.. sampai xde tempat kosong.. tp masa kami sampai nasib baik ada tempay kosong.. korang tengok la sendiri..

Ayob.. Pilih yob.. 








gambar-gambar Candid yang si Zafri ni ambik.. selalu ambik gambar dalam keadaan tidak sedar.. ish3

lepas je minum kami pun gerak balik.. masa dalam perjalanan grik tu.. aku dapat idea nak ajak diorang ke penang sebabn kalau lalu ikut grik dah tak jauh ke penang.. sebelum tu kami singgah dulu.. dekat perhetian Titiwangsa Nuri..

 tommy.. makan keropok lekor losong smapai menjilat jari
candid Time,., hahah

selepas tu.. kami bertolak g Penang.. sebab diorang nak lepak dekat Quensbays Mall.. aku bawak jer.. sbb aku tahu jalan.. hehehe...

dalam pukul 11.15 kami pun samapai Penang.. aku bawak diorang g makan.. lepak-lepak ambik angin laut.. aku tengok diorang semua mgantok jer.. aku pun ajak diorang balik dekat umah aku kat Parit Buntar.. 

aku sampai rumah aku dalam pukul 3 pagi.. ayah aku siapkan tempat tidur.. kami pun tidur la.. apa lagi.. heheheh

pagi 27hb Jan 2012.. perkara yang sama berlaku.. yela si Nabillah yang kecik tu.. kejut kita orang sama macam kejut dekat rumah hadi.. sbb kami dah janji nak g rumah dia dekat Chemor.. so dalam pukul 10.30  lepas sarapan free dekat rumah aku.. kami pun bertolak la.. aku bawak diorang jalan-jalan dekat pantai ban Pecah.. so terus ke Chemor.. kami g pun sebab ada makan tengah hari.. yela Nabilah cakap mak dia nk masak.. makan free kot rugi tak g.. sampai rumah nabillah dalam pukul 1.. kami rehat dulu.. makan tengah hari.. mmg sedap mak dia masak.. yelah.. gulai daging.. lembut kot daging dai.. berselera kami mkan.. bayak jugak lauk.. Gulai daging, sambal kentang ikan blis, sayur campur, ikan goreng, sambal belacan.. memang terangkat beb.. tp kurang satu tak de ulam.. kalau ada daun selem ker ulam raja ker, memang lengkap la.. tapi pape pun sedap beb.. kami lepak sampai pukul 3 pastu gerak balik tanjung malim..

fuh.. abis juga cerita aku.. penat aku cerita.. nie la kenangan gila kami round 7 negeri dalam masa 2 hari..

Tempat yang kami singgah..Bermula Tanjung Malim (Perak) - Batang Kali (Selangor) - Genting Highland (Pahang) - R&R Kuala Lipis (Pahang) - Bandar Mutakil Billah (Terengganu) - Kuala Terengganu (Terengganu) - Jertih (Terengganu) - Tanah Merah ( Kelantan) - Pasir Mas ( Kelantan ) - Jeli ( Kelantan) - Titiwangsa Nuri (Perak) - Baling (Kedah) - Quensbay Mall (Pulau Pinang) - Parit Buntar (Perak) - Chemor (Perak) - dan berakhir di Tanjung Malim (Perak)..

Thursday 24 January 2013

Aku Yang Berdosa



Sejauhmana..
Langkahku Di Sana
Aku Melupakan Mu...

Seluas Mana...
Kau Beri Padaku..
Pastiku Angkuh Pada Mu..

Segalanya Dusta..
Gelap Mengaburiku..

Ya Allah..
Apa Yang Bisa..
Tebus Kepada Mu..
Atas Dosaku..

Ya Allah..
Ku Hilang Terasa..
Aku Bersujud..
Untuk Ke Syurga Mu..

Segalanya Dusta..
Gelab Mengaburiku..

Ya Allah..
Ku Apa Yang Bisa..
Tebus Kepada Mu..
Atas Dosaku..

Ya Allah..
Ku Hilang Terasa..
Aku Bersujud...
Untuk Ke Syurga Mu..

Ya Allah... ahhhhhhhhh
Ampunkan Dosa Kuuu....

Monday 21 January 2013

Ujian Hidup


sudah beberapa hari berlalu.. aku tidak dapat melupakan apa yang terjadi pada diriku.. jiwa dan hatiku rasa kosong sangat. harapan dan impian yang aku mahu tuju sebagai matlamat hidupku telah musnah dengan sekelip mata. apa harus aku buat??/ adakah menangis sepanjang masa??? adakah mahu mengurung diri melepaskan derita?? adakah mahu pejamkan mata sehingg lupakan hal dunia??? adakah mahu mati seperti mayat yang tidak bernyawa??

aku tahu aku bukan seorang yang kuat dalam menghadapi ujian allah ini.. ujian ini sangat berat untuk ku pikul.. kerana ujian ini boleh membuat seseorang itu waras menjadi gila, hidup menjadi mati, sihat menjadi sakit, yang paling teruk hidup ibarat bangkai bernyawa..

setelah hampir dua tahun ku hidup dalam keadaan indah.. gembira.. bahagia tetapi dengan sekelip mata sahaja hidup ini telah manjadi gelap gelita, gundah gulana, hancurnya jiwa, leburnya hati.. adakah ini juga dikatakan ujian Allah???

hidup ini bagiku sudah tiada ertinya bila matlamat hidup kita dah tiada.. bila impian yang kita bina telah hancur lebur dengan sekejap sahaja.. harapan dan janji yang menggunung telah hilang ditelan masa.. adakah ini sebagai ujian darinya???

susah untuk ku ungkapkan.. bila hati sudah hancur menjadi debu yang berterbangan, bila perasan melayang tiada arah tujuan, bila jiwa memecah pemikiran, bila nyawa berpisah daripada badan baru itu tamatnya ujian??

biarlah ujian ini berlalu pergi, biarlah hidup tak serupa orang lagi, biarlah matlamat tiada arah tuju lagi, biarlah sakit memakan diri, biarlah fikiran hancur dimamah duri, hanya menunggu panggilan ilahi. itulah penamat hidup ini.

Monday 7 January 2013

Berfikir Sejenak



Soalan Licik, Jawapan Cerdik


Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut : “Apa sebenarnya masalah awak, Abu?”

Lalu Abu menjawab, “Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!”.

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.

Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu: 9
Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu: 36

Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, “Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6?, Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, “Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?”. Pengetua dan Abu bersetuju.

Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu: (berfikir) Kaki

Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?

Abu: Saku

Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf “K” akhir dengan “A”, ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Abu: Kelapa

Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna “pink”, bila keluar lembik dan melekit?

Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, si Abu terus menjawab.

Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)

Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?

Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.

Abu: Bersalaman

Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?
Abu: Baik Cikgu

Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.

Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.

Abu: Khemah

Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.

Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.

Abu: Cincin perkahwinan

Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.

Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.

Abu: Hidung

Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.
Abu: Anak panah

Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?

Abu: Okay

Cikgu Murni: What word starts with a ‘F’ and end in ‘K’ that means lot of heat and excitement?
Abu: Firetruck

Cikgu Murni: What word starts with a ‘F’ and ends in ‘K’ & if you dont get it you have to use your hand.
Abu: Fork

Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It’s longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?
Abu: Surname

Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?
Abu: Heart

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata “Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah”.

P/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua yang mempunyai pemikiran kuning… hehehe.

Wednesday 2 January 2013

Zee Ice Blended

salam kawan-kawan dan juga sahabat-sahabat yang sudi membaca blog saya ni.. kali ni saya nak bercerita mengenai bisnes kak saya.. nak tahu apa?? tengok gambar kat bawah ni..


hah inilah promote tu.. yang bukak ice blend ni kak aku.. dh lebih 4 bulan dh dia niaga ni.. seblum dia bukak peniagaan ice blend ni kami penh jugak cuba-cuba niaga air tapi xboleh jalan sebab modal air lebih tnggi dari ice blend pastu untung pun tak seberapa.. kalau air tak habis, jawabnya rugi la.. hehhe masa bulan puasa lepas aku dan kak aku cuba niaga Yong Tau Fu.. alhamdullillah perniagaan kami boleh dikatakan maju jugak la.. lepas beli baju raya & bagi duit raya kat budak-budak kira ok la kan??.. heheh..

kalau korang suma nak taw ice blend yang kak aku buat ni memang sedap. kalau aku balik bukit merah ja memang tak sah kalau aku tak makan ice blend. mau tak nya siap ada buble, cream, coklat cip, oreo lagi.. mana boleh tahan beb,, heheh tp sorry sikit, mesti korang ingat aku makan free kn??? tak de nye free aku bayar ok.. sebab aku tau orang niaga ni macam mana.. dengan modal lagi, kalau semua orang nak makan free memang bungkus la jawabnya.. korang mesti igt hrga dalam banner tu mahalkan? sebenarnya kami pun xmahu letak harga tu.. tapi terpaksa sebab. cream saja dah rm13.50 sebotol, gula lagi, coklat ciplg, buble lagi, oreo lagi tambah pulak dengan serbuk perisa lagi.. mahal kot.. kalau letak harga murah maknanya niaga saja la.. upah penat pun tak dapat.. kalau korang tak percaya korang cube niaga.. kalau cakap memang senang la..

tp kalau korang g bukit merah dekat area taman Lembah beriah jangan lupa rasa ice blended ni.. aku gereti korang tak menyesal beli.. beli sekali pasti nak lagi.. hehehe...

jangan lupa rasalah ice blende ni.. heheh

Antara Adam & Hawa

Adam…

Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,

Gagah perkasa seperti Badang,

Kau gunakan Hawa sebagai umpan,

Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.



Hawa…

Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,

Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,

Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,

Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.



Adam…

Kadangkala kekacakan yang ada padamu,

Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,

Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,

Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.



Hawa…

Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,

Kau harus ambil kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,

Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,

Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.



Adam…

Kata-kata manis nistamu bisa menggoda hati Hawa,

Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,

Lembutmu dalam berkata membuatkan Hawa senang mendekatimu,

Sikap prihatinmu membuat Hawa tergilakan perhatianmu.



Hawa…

Sikapmu yang tidak endah menjadikan Adam berani terhadapmu,

Berani mengambil kesempatan untuk menyentuh maruahmu,

Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,

Hingga kau pun hanyut dalam dunia cinta palsu.



Adam…

Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,

Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,

Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsumu,

Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.





Hawa…

Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,

Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,

Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,

Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.



Oleh itu Adam…

Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,

Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,

Kau harus teruskan perjuanganmu menentang hawa nafsumu,

Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.



Adam…

Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani,

Supaya Hawa takut untuk menggoda dan mendekati,

Supaya syaitan tidak membisikkan godaan nafsu durjana,

Agar kau bisa menjadi pemimpin dan ketua yang diidami Hawa.



Begitu juga Hawa…

Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,

Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,

Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,

Agar kau suci terpelihara saat Adam menyuntingmu.



Hawa…

Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,

Namun…itu bukanlah yang Adam harapkan,

Adam mengharapkan Hawa yang berpegang teguh pada agama sebagai penyuci kalbu,

Adam juga menginginkan Hawa yang sopan dan memelihara aurat dalam berpakaian.


DAN......


Untukmu Adam :


Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam agama yang bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan dan nafsu yang boleh membinasakan. Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa. Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara maruah diri untuk orang tercinta yang sah bergelar isteri. Jadilah juga Adam yang boleh menjadi ketua keluarga, imam dalam solat berjemaah dan pemimpin agama seperti yang diingini oleh Hawa.



Untukmu Hawa :

Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak terpuji dan baik hati. Jadilah Hawa yang menjaga aurat dan maruah diri dari sewenang-wenangnya dilihat ajnabi. Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk seorang yang sah bergelar suami. Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri yang solehah serta hamba Allah yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidamkan oleh Adam.

Cinta Agung

Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..


Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..