Monday 21 January 2013

Ujian Hidup


sudah beberapa hari berlalu.. aku tidak dapat melupakan apa yang terjadi pada diriku.. jiwa dan hatiku rasa kosong sangat. harapan dan impian yang aku mahu tuju sebagai matlamat hidupku telah musnah dengan sekelip mata. apa harus aku buat??/ adakah menangis sepanjang masa??? adakah mahu mengurung diri melepaskan derita?? adakah mahu pejamkan mata sehingg lupakan hal dunia??? adakah mahu mati seperti mayat yang tidak bernyawa??

aku tahu aku bukan seorang yang kuat dalam menghadapi ujian allah ini.. ujian ini sangat berat untuk ku pikul.. kerana ujian ini boleh membuat seseorang itu waras menjadi gila, hidup menjadi mati, sihat menjadi sakit, yang paling teruk hidup ibarat bangkai bernyawa..

setelah hampir dua tahun ku hidup dalam keadaan indah.. gembira.. bahagia tetapi dengan sekelip mata sahaja hidup ini telah manjadi gelap gelita, gundah gulana, hancurnya jiwa, leburnya hati.. adakah ini juga dikatakan ujian Allah???

hidup ini bagiku sudah tiada ertinya bila matlamat hidup kita dah tiada.. bila impian yang kita bina telah hancur lebur dengan sekejap sahaja.. harapan dan janji yang menggunung telah hilang ditelan masa.. adakah ini sebagai ujian darinya???

susah untuk ku ungkapkan.. bila hati sudah hancur menjadi debu yang berterbangan, bila perasan melayang tiada arah tujuan, bila jiwa memecah pemikiran, bila nyawa berpisah daripada badan baru itu tamatnya ujian??

biarlah ujian ini berlalu pergi, biarlah hidup tak serupa orang lagi, biarlah matlamat tiada arah tuju lagi, biarlah sakit memakan diri, biarlah fikiran hancur dimamah duri, hanya menunggu panggilan ilahi. itulah penamat hidup ini.

No comments:

Post a Comment