Monday 16 December 2013

Rindukanlah-Encik Mimpi


Lirik Lagu Rindukanlah - Encik Mimpi 

Ku Benar-benar Sayang
Pada Dirimu Oh Kasihku
Janganlah Engkau Ragu
Pada Diriku...

Dan Ku Berkelana Mencari
Harapan Yang Kita Impikan..
Dari Terbitnya Sang Suria...
Hingga Tenggelam..

Dan Ku Ingin Cinta Sejatimu
Dan Ku Ingin Harapan Hatimu
Oh Janganlah Engkau Bersedih
Oh Ikhlas-Ikhlaskanlah... Hatimu

Rindu-rindukanlah Diriku
Sepanjang Hari-Harimu
Sayangku
Ku Adalah Milikmu
Sayangku Ku Adalah Milikmu Yang Kau Rindu..
Doa-doakanlah Diriku Di Dalam Hatimu
Di Dalam Nafasmu
Sepanjang Hari-harimu..

Ku Benar-Benar Sayang
Pada Dirimu Oh Kasihku
Janganlah Engkau Ragu
Pada Diriku,,,

Dan Ku Ingin Cinta Sejatimu
Dan Ku Ingin Harapan Hatimu
Oh Janganlah Engkau Bersedih
Oh Ikhlas-ikhlaskanlah.. Hatimu

Rindu-rindukanlah Diriku
Sepanjang Hari-harimu
Sayangku
Ku Adalah Milikmu

Dan Ku Ingin Cinta Sejatimu
Dan Ku Ingin Harapan Hatimu
Oh Janganlah Engkau Bersedih
Oh Ikhlas-Ikhlaskanlah.. Hatimu.. woooo

Dan Ku Ingin Cinta Sejatimu
Dan Ku Ingin Harapan Hatimu
Oh Janganlah Engkau Bersedih
Oh Jangan-Janganlah Kau..
Bersedihkan Hatimu... Kekasih..

Rindu-rindukanlah Diriku
Sepanjang Hari-harimu
Sayangku...

Friday 13 December 2013

Travelog Teater Renjong


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca.. kali nie aku nk coretkn kata-kata mengenai satu lagi pementasan Teater Renjong pada 7 Disember 2013 di Dewan Besar UPSI.. Alhmadulillah.. pertama aku nk ucapkan ribuan terima kasih kepada keluarga Produksi Renjong yang sudi menerima aku sebagai pembantu pengarahan produksi Renjong,,

Firtsly aku sebenarnya tak berminat nk balik UPSI untuk bantu produksi ni.. tp disebabkan aku kena balik UPSI jugak untuk setelkan tajuk tesis aku.. jadi aku balik jugak la UPSI.. lagipun aku kena paksa dengan Prof Mana Sikana. berpuluh kali dia call aku & mesej aku.. dia mintak sangat aku balik untuk bantu dia dalam Renjong.. so aku terima la.. tapi bersyarat. aku mintak tumpang rumah dia.. yela aku nk dok mna lagi kalau bukan rumah dia.. Prof Mana pun setuju.. aku sampai tg malim pada 2 Disember 2013, hari selasa jam 4.30 pagi.. jadi aku pun call la prof untuk ambik aku dengan Din di KTM..

hari selasa tu.. aku hanya jmpa lecterer untuk tajuk tesis.. so pentang tu aku mintak skrip Renjong tu untuk aku baca n menilai.. lagipun prof suruh aku komen skrip tu.. aku ckp la benda2 yang baik2.. kita sapala nk komen skrip seorang yg hebat mcm prof Mana tu.. so malam tu baru prof bawak aku n din untuk tengok latihan Renjong... so ikut la.. kalau tak confirm kena ceramah sampai berdarah telinga..

masa tengok tu.. jujur n ikhlas aku ckp.. cerita nampak cuma membosankan.. jangan marah plak yer.. nie jujur ni.. kawan aku pun cakap.. bosan giler.. aku pun start mengantok.. so lepas abes latihan ade briefing. prof knalkan aku pada krew nie.. ada dalam krew nie yg aku knl.. tapi xsemua la.. so prof ckp yg aku akn bantu renjong aku ckp la yg aku tgk.. nmpk jugak muka2 krew yg berut dahi.. takut jgk aku.. nnt dia rembat aku nnt.. hahah.. mlm tu masa nk tido.. aku dh strt xleh tdo.. berikir cara untuk wt tambh baikan cerita tu.. pukul 3 jugak baru tido.. esk tu nk g arkeb negara nk cari bahan tesis.. terlajak jugak la.. ahha..

mlm 3 disember tu.. strt aku latih diorg.. tp sblm nk latih tu.. aku dh fikir abs2 apa yg aku perlu buat.. aku seting semua krew.. prop. lighting, busana(bak cakap diorg la).. then byk jgk aku setting lain.. yang bgsnya diorg nie.. diorg terima apa shaja aku buat.. mmg beri kerja sma.

4 disembar pg..aku setting lighting dgn kruw lighting dan abg zam.. aku dh strt betulkan pelakon.. firts skli aku betulkn dato kasim.. bgsnya dia nie.. dia cpt tangkap ap yang aku nk dari dia.. bgs2..

petang aku srtrt seting orang kampung.. aku beri watak pada diorg.. adanya yang jd kanak2 rebina, nenek tua, makcik pekak, minah kecoh, pak maun, pengali kubur, penagih dadah, dan wanita mengdung.. hahah.. ada yang skit hti dgn aku masa bg watak nie.. diorg terima juga.. hahahaha.. kesian2.. (gelak dlm hti sorg2 tgk riak muka diorg,)

seorang demi seorang plkon aku cuba betulkn.. ada juga skrip yng aku ubah dan aku potong.. mlm tu.. mmg skit la aku.. sbb prof mrh gila.. bila jln cerita dh jdi lain.. perdana menteri dari seorng yang bergaya, jadi seorang gila2. sharan terkjut beruk mlm tu.. mariah dari seorang yang kaku jdi seroang yng mengoda.. smpai naik rimas sharan. hmpir keseluruhan pelakon aku dh cuba ubh dato akil, murad, sharan, aishah dan berberapa org lagi.... cuma watak hafis, dato imliah yng aku xubah... hahahah lwak2.. tpi faile je mlm tu bila prof gngu latihan diorg.. bawak naik mic.. geram aku.. gngu abs.. prof gngu apa yg aku setting dgn org kmpg.. adoi.. sabor jelah.. hahah

mlm tu aku mmg kna smash dengan prof cukup2.. dalam perjalan balik dari dewan besar ke rumah dia.. free jer aku dpt ceramah... berdarah telinga aku.. hmpir pekak sblh tahan telinga.. hahaha smpai jer umh prof.. aku terus masok bilik.. yela panas la katakan.. kalau aku tnggu nnt dia smbung blik.. hahah..

esk tu aku pesan pada plkon wat je mcm mna aku setting.. nsb diorg dgr.. klu dia dgr ckp prof.. mampus aku.. hahah tp nie stu pngalaman yg hbt..

so tiba la masa pementasan.. mlm sblm pmntsan tu.. aku xleh tdo.. aku rsawkan pra plkon.. aku fikir boleh ker diorg perform.. so msa pementsan tu.. diorg dh buat yng terbaik.. bg aku.. aku cukup bngga dengan diorg tu.. sbb dlm msa 4 hri bersama aku.. diorg boleh transfrom keseluruhannya.. syukur allah makburkn doa aku sbb bg diorg smgt nk pentaskan drama nie.. mula2 semua xykin n xbersmgt.. syukur ku pada mu ya Allah.

dari feeback yang aku terima daripada penonton semuanya berpuas hati.. dan aku tgk penonton stay smpai abs pementas.. sbb aku takut jdi mcm teater sblm nie.. ramai yang kluar.. so bg aku.. teater nie terbaik.. dan aku ucpkn taniah untuk semua krew yang terlibat... kekalkn ukhwan fillah nie smpai bila2.. taniah semua.. untuk semua krew produksi., abg Kay ucp terima ksih sgt2 sbb beri komitmen n kepercayaan pada abg untuk teater kmu nie.. terima kasih jugak sbb korg wt all out untuk mlm tu,., taniah...

Monday 18 November 2013

Hari Perpisahan Guru Pelatih UPSI


Salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya sayangi sekalian

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah S.W.T kerana masih memberi nafas kepada saya untuk sekali lagi mencoretkan kata-kata dalam blog ini..

kepada semua pembaca. kali ini saya nak kongsi sedikit mengenai hari perpisahan aku dengan warga SMK Gunung Semanggol.. untuk pengetahuan semua.. aku dan 6 orang lagi kawan aku menjalani latihan mengajar di SMK Gunung Semanggol dari 15 Julai 2013 yang lalu seperti mana aku tulis dalam blog sebelum ini. jadi ini kali ini aku nk citer masa hari last aku kat sekolah tu.. selepas 17 minggu aku kat sekolah tu mcm2 perkara yang manis yang telah aku rasa.. alhamdullah.. akhirnya aku selesai juga menjalani latihan mengajar.

para pembaca semua.. detik 15 November 2013 adalah detik yang sangat pahit untuk aku dan juga para pelajar aku.. detik nie la yang kan memisahakn aku dengan diorang.. memang memilukan.. aku selalu rasa sebak bila terkenangkan wajah2 sayu pljr aku.. dan juga teringatkan bersama diorg.. itu detik2 indah dalam hidup aku.. tp bak kata orang setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan, setiap yang datang dengan senyuman pasti akan berakhir dengan air mata.. jadi aku cuba untuk redha dengan ketentuan dan juga takdir ilahi.. walaupun para pelajar aku mintak supaya aku tidak pergi dan tidak balik ke Universiti, tapi aku tidak dapat untuk mengikut kehendak diorg. yela.. kalau xblk UPSI bila aku nk setelkan pengajian aku.. memang aku tak sanggup untuk melukakan hati meraka. tapi apa kan daya.. aku tetap kena pergi.

masa time perhimpunan, ada majlis yang dibuat oleh kelab guru iaitu majlis perpisahan.. hati aku mula sebak bila aku tgk wajah2 perlajar aku yang suram sayu.. dan ada 2 3 orang pelajar aku yang dah mula mngalirkan air mata., tambah sebak hati ini.. aku cuba kuatkan.. sebelum aku pergi sempat aku beri sedikit nasihat dan kata2 smngat pada pljar aku..tmbah2 Tasha dan Mira.. masa aku ckp aku tgk tasha dah mula menangis... dia la plajar aku yang tak rela aku pergi.. 3 hari sebelum tarikh tu dia dh xsembang dengan aku n tak pandang lansung muka aku.. kwan2 dia ckp dia xnk rasa sebak bila tengok aku.. si mira pulak, dia nie memang susah sikit nk nangis.. aku byk kli psiko dia.. tp tetap jgk dia mainyain.. tp masa hari rabu 13 november 2013.. aku masok kelas diorg.. dan masa akhir aku psiko cukup.. akhirnya mira mnangis.. kwan2 dia ckp dia mngamuk dalm kelas bila aku kuar.. rsaw akukt dia nie.. masa hri akhir smpat jugak aku ckp dengan dia.. nangis jugak dia.. rupanya dia simpan air mata dia untuk hari aakhir aku... heheh..

masa hari last nie banyak juga aku dapat hadiah perpisahan dari pelajar2 aku.. jnuh nk bawak balik.. tapi terima kasih para pljar cokgu yang bg hdiah kat ckgu.. thnks sgt2.. masa aku dh nk balik.. terjumpa plak dengan budak2 nasyid yng aku ajar tu.. diorg tahan aku.. si diana dh memang menangis dah.. aku mmg tahan sebak kat dada aku.. last2 aku tgk ramai dah nangis.. aku bukan boleh.. meleleh juga air mata.. tapi apa nk buat biarlah air mata nie menjadi ingtan pada plajar2 aku...














Kepada Semua Pelajar Cikgu... Cikgu doakan keselamatan dan kesihatan korang semua.. cikgu nak berterima kasih sebab jadi pelajar cikgu yang baik.. cikgu doakan kejayaan kamu semua. ckgu harap kamu semua jadi pelajar yang bak dan anak yang baik kepada mak ayah kamu.. cikgu juga harap kamu semua akan berjaya dalam hidup kmu di dunia dan di akhirat kelak.. Insyaallah ada masa lagi kita berjumpa lagi.. jaga diri kamu semua baik2 ye.. jangan nakal2.. ingat semua pesan cikgu.. Salam Perpisahan daripada Cikgu Khairul Hanafi...

Monday 28 October 2013

Nasyid Hari Anugerah Jasamu di Kenang

Kumpulan Nasyid Gabungan 1 Bukhari dan 2 Bukhari 2013

Salam para pembaca sekalian.. kali nie aku nk cerita skit pasal aku dan Din menjadi konduktor untuk persembahan pada hari Anugerah Jasamu Dikenang di SMK Gunung Semanggol pada 25 Oktober 2013... mesti korang nk tahukan..?? baiklah aku cerita dari mula.. masa meeting Koko 2 minggu sebelum hari kejadian aku dengan guru-guru pelatih yang lain di lantik sebagai AJK Persembahan.. pada mulannya kami di minta untuk menggunakan pelajar tingkatan 3. hal ini kerana pelajar tingkatan 3 sudah tiada P&P sebab sudah tamat peperiksaan PMR.. ramai cikgu lain yang minta libatkan pelajar tingkatan 3, termasukalah guru-guru pelatih.. tetapi bagi aku guna pelajar tingkatan 3 adalah beben bagi aku.. korang nak tahu knapa?? yela bila dh abis exam confirm2 xdtg sekolah punya.. dah honeymoon.. jadi aku ikut ja kepala aku.. aku minta Din utk cari pelajar tingktan 1 Bukhari.. dan aku pula pilih kelas 2 Bukhari.. bila digabungkan ada la dalam 10 orang.. so jadi la..

masa hari jumaat 18 oktober 2013.. aku mula minta pelajar nasyid berkumpul.. tapi time tu pelajar 1 bukhari ja.. yela.. pelajar 2 bukhari aku xbagi tahu.. masa jumpe tu aku baru nak prepare lagu.. nak pilih lagu mana yang sesuai.. pilih punya pilih terbuka video lama aku dulu.. video hari guru tahun 2011 masa prgram kt sekolah kat ipoh.. jadi aku pun bagi la budak2 nie dengar.. dengar punya dengar macam bes plak. so budak2 tu pun mnx untuk persembhkan lagu tu.. aku pun tulis semula lirik.. dah bagi budak2 hafal.. 

keesokan harinya barulah plajar2 2 bukhari datang belatih.. mula2 kelas 2 bukhari nie xngam sgt dengan plajar 1 bukhari tapi.. masa latihan nasyid nie la baru diorang nie jadi rapat.. alhmdullah dapat aku satukan jga 2 kelas nie... 








nie masa latihan budak2 nie... heheh

masa hari rabu.. time tu budak2 nie tak serius.. aku time tu dah la xlarat sangat.. diorang boleh main-main masa latihan.. aku naik angin terus.. xpasal2 budak2 nie kna marah dengan aku.. aku mengamuk sungguh time tu.. yela tumbuk dingding dua kali.. masa tumbuk tak rasa pape.. lepas bape minit berdenyut jari2 aku.. biru beb... heheheh... tu xtgk lagi aku angkat kerusi baling.. bila diorng tgk aku mcm tu terus jadi takut.. dan2 serius.. aku mintak diorang nyanyikan lagu tu dengan penuh semnggat.. dan hayati lirik tu.. aku jugak minx diorang tujukan lagu tu dekat aku n dengan din.. apa lagi nangis sakan la budak2 tu.. korang tengok la gambar kat bawah nie...




tengok la muka si aishah tu.. hahahhaha



selesai ja aku marah2 tu aku benarkan budak2 milo tu balik..


masa hari kejadian.. budak2 nie punya la takot jadi serba xkena ja dengan diorang.. pakai kain batik jdi xkna. macam2 hal yang berlaku.. serius cakap.. tgk gelagat budak2 nie aku dengan Din plak jadi kecut perut... nah tengok la gelagat budak2 nie...









 Sempat Posing




Kumpulan Nasyid



Guru-Guru Pelatih SMK Gunung Semanggol



Lepas Persembahan.. Giler2





emmmm.. tu jela yang aku dapat citer kt korang semua.. detik2 nie menjadi detik yang terindah buat aku dan Din semasa berkhidmat sebagai guru pelatih dekat sekolah nie... utk 1B & 2B gud luck you all.. cikgu doakan Kamu gunakan ilmu kami utk berjaya dan terus berjaya.... sampai sini saja aku caoretkan kt korang sebab tangan pun dah penat. idea dah mati.. so.. jmpe lagii.... bye2...

Thursday 26 September 2013

PEREMPUAN SUKA CAKAP TERBALIK, ORANG LELAKI DENGAR MACAM PELIK




Satu petang, Si suami yang baru pulang dari kerja, ingin memanjakan isterinya, “Jom kita keluar, malam ni kita makan di kedai je lah”. Sambut isterinya, “Eh nasi banyak lagi tu bang, gulai pun ada lagi tu. Nanti membazir, siapa pula nak menghabiskan tu”. Kalau diikutkan jawapannya itu seolah-olah membantah cadangan suaminya itu, tetapi tindakannya berlainan. 

Si isteri masuk ke bilik terus menukar baju dan membelitkan tudung di kepalanya di hadapan cermin di dalam bilik tidurnya. Sambil menunggu isterinya, dia mencapai surat khabar yang dibawa daripada pejabat tadi. Suaminya faham sangat. Kalau mulut isteri membantah tetapi nampak bergegas menukar baju, maknanya dia setujulah tu.

Setiba di gerai “char kue teow” yang biasa mereka singgah, adik di gerai tu menghampiri mereka dan bertanya, “Pak Cik nak makan apa?”. Pantas suaminya menjawab, “Char kue teow”. Ditegur isterinya, “Ish Abang ni, mintalah yang lain pula, mee ke, bihun ke. Kan dulu dah makan char kue teow ni”. Suami mula naik berang, “Menyusah je fikir-fikir, Abang tengah lapar, nak makan char kue teow le, Awak nak yang lain, pesan je la”. Muncung terus mulut si isteri mendengar arahan suaminya itu dan lantas memesan bihun sop untuk dirinya.

Sedang mereka menjamu selera, isterinya memecah kesunyian dengan bertanyakan satu soalan menjerat, “Sedap ke char kue teow tu bang?”. Sambil kepalanya masih tunduk menyedut lelehan kuah kue teow itu, suami membalas, “Sedap”. Terus melicinkan char kue teow kegemarannya itu. Apabila isterinya melihat piring suami telah licin, dia menegur dengan nada kecewa, “Awak tu makan, bukan nak ingatkan saya”. 

Tergamam suami mendengarnya terus membela diri, “Tadi tak cakap pun nak”. Sambut isterinya, “Dah cakap tadi, abang buat tak faham je”. Dibalas suaminya untuk membela dan membenarkan dirinya, “Mana Abang tahu awak nak rasa, kalau nak, pesan lagi satu”. Suara masing-masing mula meninggi. Isteri merasakan suasana romantik yang dia mula kecapi seawal suaminya mengajak makan di gerai tadi telah hancur berkecai apabila suami tidak memahami kehendaknya malam itu. 

Bagi Si suami pula, asalnya tadi keluar makan di luar untuk membantu isteri merehatkan badannya supaya tidak susah-susah memasak di rumah dan dengan harapan malam nanti dapatlah hadiah istemewa daripada isterinya. Tetapi sekarang, telah bertukar menjadi medan peperangan dingin dengan isterinya di meja char kue teow pula. Mengapa perkara ini boleh terjadi?

Kebiasaan wanita, apabila mereka berkomunikasi, mereka menggunakan ungkapan yang tidak terus. Mereka menggunakan bahasa berlapik, maksud terbalik dan berpusing-pusing sebagaimana peribahasa Inggeris “beats around the bush”. Laporan ScienceDaily (Jan. 21, 2005) berjudul “Intelligence In Men And Women Is A Gray And White Matter” mengatakan binaan otak wanita yang memang telah diprogramkan memiliki lebih “white matter” yang bertugas menghubungkaitkan sesuatu perkara dengan yang lain hingga menyebabkan mereka pakar menggunakan pendekatan ‘komunikasi-bahasa-tidak terus’ ini.

Bercakap adalah asas perhubungan yang utama bagi wanita. Mereka menggunakan pendekatan ini untuk membina jambatan perhubungan dengan orang lain untuk mengelakkan konfrantasi secara terbuka, bersopan santun dan berbudi bahasa. Wanita memang suka menggunakan proses komunikasi cara ini untuk menyampaikan mesej terutama sekali kepada orang yang dia sayangi. 

Bagi mereka, jika orang yang dia sayangi ini memahami apa yang dia ungkapkan dengan tepat, maka orang itu dilabelkan sebagai seorang yang romantik. Sebagai contoh kalau mereka berdua sedang menaiki kereta dalam perjalanan yang jauh dan isterinya berasa lapar. Pada masa itu mereka sedang melalui deretan kedai-kedai makan. Terdapat beberapa ungkapan yang tidak terus yang wanita gunakan untuk memberitahu suami yang mereka lapar. 

Mereka tidak sanggup mengungkapkan perkataan, “Abang saya lapar, berhenti di kedai makan depan itu sekarang”. Mereka akan menggunakan bahasa tidak terus seperti berikut, “Abang tak lapar ke?”. Atau, “Dulu kita pernah makan di kedai depan tu kan, sedap masakannya”. Atau, “Tomyam kedai di depan tu sedapkan Abang”. Dan banyak lagi ungkapan-ungkapan yang kebanyakan lelaki tidak faham. 

Maka suami yang romantik ialah apabila sahaja dia mendengar isyarat ini, dia telah tahu bahawa isterinya sedang lapar dan mahu makan. Tanpa bersoal jawab, dia terus sahaja membelokkan keretanya ke halaman deretan kedai makan dan mencari pakir yang dekat dengan restoren yang dia sebut tadi.

Namun kebanyakan lelaki tidak faham dengan bahasa-tidak-terus ini. Minda lelaki yang memiliki lebih sepuluh kali “grey matter” daripada wanita yang tugasnya hanya memproses maklumat, kurang dapat mengaitkan ungkapan atau ayat-ayat yang berlapik-lapik ini. Kefahamannya hanya bergantung kepada apa yang diucapkan. Dia tidak pandai untuk mentafsirkan apa yang tersirat daripada apa yang tersurat. Oleh itu, jika isterinya beri isyarat. “Abang tak lapar ke?”, Dia akan jawab, “Tak lapar” dan meneruskan pemanduannya. Kecewalah isteri ini dan suaminya ini akan dicopkan sebagai tidak romantik.

Berbalik kita kepada kisah yang mula-mula saya paparkan itu. Apabila isteri bertanyakan kepada suaminya, “Sedap ke char kue teow tu bang?”. Ini bermaksud, “Abang, saya nak rasa sikit char kue teow tu”. Dan sebaik-baiknya, tanpa soal jawab, suaminya itu terus menukar piring char kue teownya dengan mangkuk bihun sop isterinya. 

Selepas minum separuh, suami itu juga menukarkan gelas minuman milo aisnya dengan minum isterinya. Suami yang berbuat demikian dicopkan sebagai seorang yang romantik. Dia bukan hanya dipuji kerana memahami kehendak isterinya, malah isteri juga puas kerana dapat merasai dua jenis makanan dan minuman pada malam itu dengan harga yang dibayar oleh seorang mengikut perkiraan wanita.

Berikut saya paparkan sedikit daripada ungkapan bahasa-bahasa-tidak-terus yang boleh dijadikan panduan kepada suami jika dia terdengar isterinya.
1. Bila suami mengajak isterinya pergi ke sesuatu tempat dan isterinya menjawab, “Tengoklah”. Besar kemungkinan maksudnya dia tidak mahu pergi.
2. Bila suami isteri sedang berbincang untuk membeli atau memberikan sesuatu kepada isteri, tetapi dalam perbincangan itu timbul pelbagai masalah hingga isterinya seolah-olah mengalah, “Saya tak kisah”. Sebenarnya apa yang dia maksudkan itu ialah dia kisah dan mahu juga benda itu.
3. Bila suami pulang dari kerja dan sesampai di pintu, isterinya menegur suaminya, “Abang letih eh”. Bagi suami yang tidak faham, pasti akan menjawab apa yang dia rasai seperti, “Aa, letih”. Maka kecewalah isterinya itu kerana maksud sebenar ialah dia hendak mengajak suaminya keluar masa itu juga.

Mengapa orang lelaki tidak faham bahasa perempuan ini ialah kerana kebiasaannya orang lelaki berkomunikasi menggunakan ayat yang pendek, terus, tepat kepada maksudnya dan penuh dengan fakta. Lelaki dengan watak kepimpinan dan penguasaan sering menggunakan komunikasi ini untuk mendapatkan kuasa dan sokongan daripada orang lain. 

Di dalam perniagaan, cara komunikasi sebegini amat sesuai untuk membuat keputusan dan keberkesanan perundingan dengan cepat. Tetapi kalau cara ini digunakan untuk berkomunikasi dengan orang perempuan, ia dilihat sebagai kurang sopan dan tidak beradab.

Oleh itu nasihat saya kepada suami yang ingin memahami bahasa terbalik isterinya ialah,
1. Bila isterinya bersuara, cuba dengar betul-betul ungkapannya dan lihat juga air muka serta pandangan matanya. Pasti kita boleh memahami maksudnya sama ada terus atau terbalik melalui tonasi dan bahasa badannya.
2. Kalau suami masih merasai tidak faham maksudnya, cepatlah bertanya secara terus terang, “Apa maksud awak tadi?”.
3. Bila suami telah memahaminya, maka simpanlah ilmu dan kemahiran ini untuk digunapakai masa depan apabila diucapkan oleh isterinya nanti. Pastinya suami ini dilebelkan sebagai lelaki yang paling romantik.
4. Terimalah cara bahasa terbalik yang amat memeningkan kepala ini sebagai tanda isteri masih sayang kepada kita. Kebiasaannya, isteri tidak menggunakan kaedah ini kepada sesiapa sahaja yang dia tidak kenal melainkan kepada orang yang dia sayangi dan teman sejenisnya

Kepada isteri pula,
1. Sebelum anda menggunakan bahasa berbahasa ini kepada suami, sila lihat dulu keadaan suami anda. Jika dia dalam keadaan serius atau kelihatan letih atau mengalami stres, jangan gunakan lagi pendekatan ini. Dibimbangi, ketidakfahamannya nanti boleh menyebabkan jiwa panas barannya mengganas.
2. Kalau keadaan suami kelihatan ceria dan bersedia untuk bergurau senda, bolehlah anda bermanja-manja menggunakan bahasa terbalik berpusing-pusing ini untuk menagih kehendak dan keperluan anda. Kalau dia tidak faham juga, anda hendaklah dengan suara manja menerangkan maksud sebenar. Jangan mengharapkan dia faham sendiri kalau dia kelihatan tidak faham. Nanti anda juga yang kecewa.

Selamat mencuba.

Thursday 29 August 2013

Suprise Dari Kelas 2 Bukhari

kata-kata daripada 2 Bukhari

assalamualaikum para pembaca sekalian...

kali nie aku nk cerita tentang suprise yg dibuat oleh pelajar-pelajar 2 Bukhari.. perkara nie berlaku masa kelas aku tadi masa pukul 2. masa tu aku berada dekat bilik guru.. yela nk dok mana lagi dekat bilik guru la.. lepas jer aku tanda lembaran kerja kelas 2 Bukhari ni.. aku pun bersedia la nak g kelas diorang. 

sebaik sahaja aku sampai dikelas.. macam besa la menuju ke meja guru yang berada ditengah kelas. macam biasa aku akan melihat apa sahaja yang ada di meja guru tu.. masa tu aku dh ternampak kertas yang tertulis dengan warna warni.. ala yang gambar kat atas tu la.. masa aku tertengok tu.. aku dah terkejut.. tapi sebagai seorang guru yang profesional.. aku wt mcm tak dak apa berlaku.. tapi sebenarnya memang aku terkejut baca tulisan yang ditulis di atas kertas tu.. so aku pun wt slamba rock jer.. yela mana tak terkejut bila tengok ada tulisan nama kita kn.. mesti la terkjut.. aku ambil kertas tu.. n aku simpan.. aku tak baca pun time tu..

tapi aku heran ada 2 belon kecik yang tulis nama aku.. n tulis kami 2 Bukhari sayang cikgu khairul hanafi.. so aku nak belek belon tu tp takut meletup.. so aku baca la tulisan dekat belon tu.. rasa sebak pulak time tu.. tapi still caver... yela laki kan.. hahahhaha... yang lagi pelik ada satu kotak selinder betol2 kat depan aku.. yang bertulis inhalan musuh kita.. aku pun nak tergelak la.. apahal kotak tu ada kat situ.. rupa2nya ada belon yang paling besar dalam kotak tu.. diorang pun suruh aku baca tulisan dekat belon tu.. aku pun baca la.. tapi kecut perut jgak takot belon tu meletup.. mcam2 diorag tulis kat belon tu... yang paling aku,.. tulisan " 1 Bukhari Jangan Rampas Cikgu Kami.."' lawak2 betul2 diorang nie... marah sungguh bila ada orang rapat dengan aku... 

tapi aku tak sangka la.. padahal aku cuma nak g KL jer esk petang bukan nak g mana pun.. risau sungguh la diorang nie.. memang ssh nak berjauh dengan aku la diorang nie.. ni yang wt aku rasa sebak sangat.. korang semua nak tahu. kat dalam gambar yang kat atas tu ada tulisan luahan perasaan n kata2 semangat n kata2 sedih.. korang tengok la gambar kat bawah nie.,..

nie la tulisan luahan para pelajar 2 Bukhari

emmm.. macam manalah kalau tempoh pratikum nie tamat.. mesti susah diorang nak lepaskan aku pergi.. aku harap diorang akan tabah menempuhi hari terakhir aku bersama diorang... 

FOR MY STUDENT 2 BUKHARI : TERIMA KASIH SEBAB BUAT SUPRISE KAT CIKGU.. SERIUS CIKGU CAKAP, CIKGU AMAT TERHARU DENGAN KEJUTAN YANG KAMU SEMUA BUAT.. TERIMA KASIH JUGAK SEBAB SAYANGKAN CIKGU.. UNTUK PENGETAHUAN SEMUA.. CIKGU PUN BERAT HATI NAK TINGGALKAN KAMU SEMUA. SEKARANG CIKGU DOK MENGHITUNG HARI UNTUK BERSAMA KAMU SEMUA. IKHLAS DARI HATI.. CIKGU SAYANG SEMUA PELAJAR-PELAJAR CIKGU TERUTAMA SEMUA PELAJAR 2 BUKHARI.. I LOVE 2 BUKHARI..

ok sampai disini je kot yang aku boleh cerita sebab tangan dah lenguh idea dah mati..nanti aku samabung lagi k.. smile always (^_^)