Monday 28 January 2013

Jelajah 7 Negeri(siri 2)

Peta Selangor

salam semua.. kembali lagi dalam jelajah 7 negeri siri 2..

semalam mungkin korang suma dah baca mengenai sinopsis Jelajah 7 negeri.. kali ni aku cerita lebih detail.. supaya korang pun mungkin ada niat nak jelajah macam kita orang.. kali ni aku cerita mengenai jelajah negeri yang pertama iaitu Selangor..

lepas je kami bertolak dari Tanjung Malim tu.. kami lalu ikut kuala kubu baru.. time tu dah pukul 4 lebih dah. masa pergi tu.. aku, Hadi, Tommy, Ter dan Arshad 1 keta.. Zafri, Ayob, Adik kecik (Nabilah), Zakira & Mawar satu keta.. masa dalam keta aku,, arshad drive, Ter dok sebelah.. Aku, Hadi & Tommy dok belakang.. time tu.. kami bertigha dh macam tin sardin dh.. padat gila.. aku la yg xselesa.. yala mana taknya.. kaki panjang kot.. nak bergerak pun susah.. yang Arshad kat depan deret sound aku.. macam ni dia cakap.. "Kay (nama aku yg diberi oleh Arshad).. jangan tendang kerusi., ganggu aku nk drive".. aku kena sound terus diam.. yela.. nak cakap apa lagi.. kalau nak cakap aku tak selesa nanti takut dia terasa hati.. so aku diam jela.. masa aku diam tu, Ter memang bermaharajalela la.. dia punya sembang, mengalahkan bunyi enjin keta.. aku pun time tu tak berapa nak ada idea.. so aku diam jela.. layan si Ter tu mengarut... nanti kalau aku menyampuk dia touching plak.. sebab anak cina sorang ni sensetif sikit.. so biar la..

Masa dalam perjalanan tu, Arshad cakap nak stop dekat masjid sebab time tu dah masuk Asar so aku cakap ok je.. dalam hati aku ni peluang ni nak tukar tempat duduk.. supaya selesa.. hahahah kejam jugak masa tu.. time sampai je masjid kami pun berhenti.. time tu aku nak tengok sape Ayob yang Arshad selalu cakap tu.. seriusly aku tak kenal Ayob ni sape. yang aku tau Arshad cakap dia YDP KZ. sebab jenis aku ni susah sikit nak ingat nama orang.. tp kalau tengok muka kenal.. bila Ayob kuar je keta.. aku tengok.. dalam hati aku kata.. "mamat ni rupanya".. YDP KZ kot.. aku ingat Ayob ni jenis tegas orang dia.. mula-mula tu nak sembang pun macam malu sikit la.. yela nak sembang dengan YDP KZ nie kena jaga percakapan.. kalau tak nanti tak pasal-pasal kena tarbiah... hahahhahahah.. yela aku nie jenis gila-gila.. cakap memang tak caver punya.. main lepas jer... last-last bila dah kenal si Ayob ni.. rupa-rupanya dia nie jenis masuk air jugak macam kami.. so memang cepat la kitaorang rapat.

Lepas je solat asar dekat masjid Kuala Kubu Baru tu.. aku mula-mula masuk keta duduk belakang.. aku fikir-fikir balik.. nanti aku kena sound dengan si mamat galah panjang tu.. siapa lagi kalau bukan si Arshad tu.. hahahha(jangan marah Arshad nanti kena jual).. aku pun cakap dekat Ter aku nak duduk depan..sebab kaki aku panjang.. Ter mula-mula taknak bagi.. tapi bila aku desak banyak kali.. baru dia bagi.. heheh..

Kami pun teruskan perjalanan.. berhenti dekat petronas dekat batang kali.. sebab kami akan lalu ikut Genting Highland.. masa naik bukit tu.. aku soh Arshad bukak tingkap.. peh udara dia sejuk kot.. masa naik bukit tu memang tengah bosan gila sebab radio keta Arhad rosak pulak.. memang dengar bunyi cengkerik jer.. "krik.. krik." hahah.. aku apa lagi.. aku gunakan kelebihan yang ada pada aku untuk hiburkan orang dalam keta tu.. yela apa lagi aku jadi deejay la.. hahah dulu memang teringin nak jadi deejay.. hahah lawak-lawak,, yang lawak time tu.. Ter dia minta nak menyanyi lagu Ziana Zain.. hahahh lawak-lawak. tak boleh blah.. hahahha

Hadi pulak nak membaca surah al-fatihah.. baru baca bismillah cd rosak plak.. adoi.. sakit perut aku.. lepas je aku diam.. aku tengok belakang../ hampeh... si Ter & Hadi sedang berasmara melayan kepala..(tidur la.. korang jgn pkir bukan-bukan plak).. ehheh.. bila aku tengok diorang tidur.. aku pun diam la...

hah ini cerita pasal kami jelajah negeri selangor.. nanti aku cerita pulak kami jelajah negeri kedua iaitu negeri Pahang.. tunggu siri yang seterusnya,,// bye.. bye..

2 comments: