Thursday 13 December 2012

KEM PERWAJA RAKAN MUDA


Mari aku cerita sikit mengenai kem ni.. kem ni adalah kem anjuran Rakan Muda Parit Buntar. kem ni kem pertama bagi ajk baru KRMPB ni. untuk pengetahuan semua kem ni adalah kem yang diminta sendiri oleh ahli kelab. untuk pengetahuan semua kem ni berlansung 10-11hb november bukan september seperti mana di dalam banner. dalam kem ni aku dijemput khas sebagai penceramah dan fasilitator. masa mula-mula aku mahu menolak tawaran sebagai penceramah disebabkan pada 10hb november tu aku ada test Kelas PRS. pening juga aku memikirkan apa yang hendak aku buat sebab  dua2 ni amat penting bagi aku. pertama sebab kem ni diminta sendiri oleh penasihat KRMPB. dia memang mohon sgt supaya aku dpt sama2 bantu dia masa kat ni. aku memang mahu tolak permintaannya pada mulanya sebab test PRS yang melibatkan markah untuk KoKo aku. aku fikir punya fikir sampai aku jadi magrain. aku cuba call Dr Syed untuk mendapat pelepasan untuk mengambil test pada minggu yang berikutnya tetapi malang sebab Dr Syed xbenarkan utk aku ambik test lain. aku fikir lagi. akhirnya aku buat keputusan untuk pergi kem ni. mesti korang nak tahu kenapa aku pilih kem ni kan??

ok aku bagi tahu kenapa aku pergi kem ni dan aku tinggal test yang melibatkan mrkh koko aku di UPSI. masa aku tgh fikir tu aku teringat satu ayat yang aku baca dalam novel "Mereka Yang Tertewas" dalam novel tu ada tulis. "lebih baik dahulukan orang lain dahulu daripada kita pentingkan diri kita" ayat ni buat aku terfikir. korang nak tahu apa yang aku fikir?? aku fikir macam ni, pergi kem bagi ceramah, aku beri ilmu kepada orang lain, kalau pergi test, aku cuma pentingkan diri aku dan mengabaikan orang yang nak menutut ilmu. yela menyampaikan ilmu tu kan dapat pahala dan juga amal kita. kalau diaorg amalkan, pahala akan sentiasa mengalir, manakala test tu untuk diri sendri, gagal ke lulus tu hak Allah nak menentukan. jd sebab itulah aku pergi kem ni dan tgl test PRS. kalau korang? korang akan pilih yang mana test or bagi ceramah? mesti test kn?? heheh.

selepas aku dh dapat kata putus, pada pagi jumaat 9hb November tu aku segera ke stesen KTM dan terus beli tiket balik petang jumaat tu. walaupun masih dalam keadaan resah, aku cuba tabahkan hati. aku sampai parit buntar pada jam 8.00 malam.. aku berkemas terus pergi tempat berkumpul sbb bas ke kem ni akan bergerak awal pagi. jadi aku takut tak sempat sebab tu aku kuar awal.

semasa program tu aku rasa seronok sangat sebab peserta-peserta sangat beri komitmen atas apa jua aktiviti yang aku jalankan. aku rasa hati aku mula tenang daripada keresahan tu. selepas selesai program ni aku rasa satu kelainan dalam diri aku. yela sebab apa yang aku pilih memang tepat. bila kita menyampaikan ilmu pada orang lain, Allah akan memberi ketenangan pada kita. memang aku rasa tenang sangat. semua peserta mengucapkan terima kasih dan menghargai pengorbanan aku yang sanggup pentingkan diorang daripada mrkh Koko aku.. program ni memang memberi aku banyak hikmah dan pengajaran. terima ksih semua yang terlibat dalam kem ni.. aku yakin peserta-peserta kem akan amalkan ilmu yang aku berikan walaupun xseberapa mana ilmu Allah yang aku samapaikan.. good luck semua.. hehheh


masa dalam  bas
 masa berkumpul sebelum bertolak
dikedai Afnan Tomyam Tanjung Piandang


masa dalam bas nak bertolak ke tempat kem 


 masjid Udubiyah di Kuala Kangsar


masa sesi Ice Breaking 

 
masa aktiviti

selepas majlis penutup 


masa sebelum balik..
shahir.. dia xmau balik. peluk pokok sampai tak mau lepas.. 


tinggalkan kenangan di pokok. 
hahahh semua kene ucap selamat tinggal kat pokok & kene cium pokok..
lawak-lawak

No comments:

Post a Comment