Sunday 27 January 2013

Sinopsis Jelajah 7 Negeri (Siri 1)

7 Negeri Di Malaysia

Salam Semua... Harap Anda Semua dalam keada sihat sejahtera.. Jangan Lupa baca sampai habis k.. hehhe

Kali ni aku nak cerita dekat korang semua mengenai peristiwa yang gila berlaku dekat aku dan juga kawan-kawan aku yang lebih kurang gila jugak.. hahahah.. peristiwa yang aku cakap gila tu adalah kami 10 orang jelajah 7 negeri dalam masa 2 hari.. hehehhehe.. gila tak..???

Negeri yang kami jelajah adalah 

Perak - Selangor - Pahang - Terengganu - Kelantan - Kedah - Pulau Pinang.

kami mula rancang hanya ke terengganu untuk melihat majlis perkhawinan sahabat kami Syafiq Bin Majid di Jerteh terengganu.. ok aku cerita lebih detail supaya korang semua faham..hehhehe..

Macam ni cerita dia... aku dengan kawan-kawan aku, Arshad, Zafri, Hadi, Ter, Ayob, Mawar, Nabillah, Zakira dan Tommy.. kami 10 orang ni rancang nak g Terengganu dengan niat nak g tengok kawan kami Syafiq yang melansungkan perkhawinannya pada 26hb Jan 2013. Kami bertolak dari Tanjung Malim jam 5 petang.. kami lalu ikut Genting Highland.. Bermula di Perak masuk ikut selangor dan ke Pahang iaitu genting.. hehe.. sampai je pahang dekat area kuala lipis tak silap aku la.. kami berhenti dekata R&R makan & solat dulu sebelum kami bergerak ke Kuala Terengganu sebab bermalam dekat rumah Hadi.. lebih kurang dalam pukul 11 something kereta yang kami bawak pun memasuki sempadan Terengganu.. hahah excited beb sebab firts time aku g negeri sebelah timur nie.. kami berhenti di bandar Muttakil Billah isi minyak n beli burger.. masa ni yang lawaknya Tommy yang dlm kereta dri bertolak ashik diam jer rupanya menyimpan rahsia yang lama.. sampai dekat stesen Petronas dia cepat-cepat g tandas.. hahahahh punya lama beb buang air xsilap aku lebih kurang 10 minit macam tuy.. buang air kecil bukan besar.. bape hari punya simpan pun aku xtaw la.. lawak betol.

lepas tu kami bergerak ke Kuala Terengganu.. kami sampai rumah Hadi dalam pukul 1.30 macam tu la.. lepas makan kopok & minum air teh. bermula la kisah kami yang laki-laki gila ni.. hhaha yela baru samapai dalam pukul 2 keluar pulak g round kuala terengganu.. tak dikatakan gila macam tu.. yang perempuan, kami tinggal la dekat rumah hadi.. yela perempuan tak baik keluar lewat-lewat.. hehehhe kami yang laki-laki ni prihatin.. hahahhah

kami pun pusing la kuala terengganu.. lalu jambatan panjang tengok masjid kristal.. tp time tu lampu masjid tu dh padam jadi xberapa nampak sangat la...

lepas tu hadi lead kami g pantai tempat yang aku suka.. tempat dia teluk ketapang.. nak tengok tempat dia.. ni kat bawah ni..

hah ni time posing dekat Teluk Ketapang

ombak dekat teluk ketapang tu gila punya kuat.. kalau mandi dekat situ confirm kena bawak ke tengah laut.. yela mana taknya kuat gila kot.. aku pun seram... patut la dekat pantai tu ada notis dilarang mandi.. kalau ada yang mandi jugak memang tak faham bahasa la jawabnya.. hahahahh

lepas tu hadi bawak pulak kami g UMT n UNIZA.. yela.. dah alang-alang g terengganu kalau tak g dekat universiti dekat situ mana ada bukti kan??? so kami g la depan gate UMT n UNIZA tok lepaskan kegilaan kami.. hahaha berposing la jawabnya.. dah la pukul 3 pagi.. boleh pulak g ambik gambar.. hahahha..

Posing Di Atas Batu..

Posing Di UMT

hah ni Di UNISZA

nie time gila posing kat Trafic light.


lepas penat posing kami g makan.. korang nak tahu apa yang sialnya kedai makan ni??? dia masak punya la lama.,. macam baru g beli barang.. dah tu kawan aku yang pesan mee goreng dengan nasi goreng pataya lansung tak dapat.. yang aku minta nasi goreng telur mata, dapat nasi goreng je telur mata xde.. mmg sial kn??

detik menunggu Makanan 

 tengah sabar Menunggu makanan


dh bosan wei.. 

tengok.. dah sampai tidur si Arshad

lepas je kita orang makan dekat kedai makan tu.. dengan kenyang pun tak.. dengan geram pun ada. makanan punya mahal dah tu sikit pulak.. abs je makan .. kami pun OTW balik rumah hadi.. tak silap dalam pukul 4 pagi.

keesokan pagi 26hb jan 2013.. peristiwa menyakitkan belaku.. korang nak tahu.. yang si nabilah boleh plak kejut kita orang bangun.. tak silap.. macam ni dia sebut.. " Bangun.. Bangun.. Dah Pagi la.. Nanti lambat.. bangun la... bangun... cepat la bangun..." aku dengar pun nk tergelak.. dengan sore Chumil dia buat.. makin seronok kami tidur.. hahhah.. yang paling aku panas hati dengan Si Ter.. aku baru je tidur pukul 6.30.. sebab selalu kalau lepas makan aku susah nak tidur.. dalam pukul 7.30 xsilap dia kejut aku.. siap baling bantal lagi.. mana tak panas hati..

lepas bersiap kami pun g ke Masjid Hadari kat Jerteh sbb syafiq akad nikah.. dalam pukul 10.40.. kami sampai syafiq sudah selesai akad nikah.. alhamdulillah.. dengan sekali lafaz jer.. 

 
selepas pernikahan Syafiq dan Amira

hah selepas kami makan kenduri syafiq di Jerteh dalam pukul 1 macam tu.. kami pun mintak diri nak balik ke UPSI.. bincang punya bincang.. kami setuju balik ikut kelantan.. sebab kalau nak balik ikut kuala terengganu mau dalam 500 KM juga.. so kami ambik keputusan balik ikut Grik.

yehhhhaaaa... ni yang aku tunggu.. sebab aku tak pernah sampai kelantan.. ya sekarang menjelajah pulak ke kelantan.. heheh hebat x?? kami pun g kelantan.. tak silap aku kami berhenti dekat pasir mas.. nak minum-minum dalam pukul 3.. yela drive je.. mesti penat.. zakira bawak g warung Kurnia Ibu.. orang kelantan cakap warung tu terkenal dengan minuman Air Kelapa Shaclke.. harga dia pun murah n berpatutan.. memang ramai warung dia.. sampai xde tempat kosong.. tp masa kami sampai nasib baik ada tempay kosong.. korang tengok la sendiri..

Ayob.. Pilih yob.. 








gambar-gambar Candid yang si Zafri ni ambik.. selalu ambik gambar dalam keadaan tidak sedar.. ish3

lepas je minum kami pun gerak balik.. masa dalam perjalanan grik tu.. aku dapat idea nak ajak diorang ke penang sebabn kalau lalu ikut grik dah tak jauh ke penang.. sebelum tu kami singgah dulu.. dekat perhetian Titiwangsa Nuri..

 tommy.. makan keropok lekor losong smapai menjilat jari
candid Time,., hahah

selepas tu.. kami bertolak g Penang.. sebab diorang nak lepak dekat Quensbays Mall.. aku bawak jer.. sbb aku tahu jalan.. hehehe...

dalam pukul 11.15 kami pun samapai Penang.. aku bawak diorang g makan.. lepak-lepak ambik angin laut.. aku tengok diorang semua mgantok jer.. aku pun ajak diorang balik dekat umah aku kat Parit Buntar.. 

aku sampai rumah aku dalam pukul 3 pagi.. ayah aku siapkan tempat tidur.. kami pun tidur la.. apa lagi.. heheheh

pagi 27hb Jan 2012.. perkara yang sama berlaku.. yela si Nabillah yang kecik tu.. kejut kita orang sama macam kejut dekat rumah hadi.. sbb kami dah janji nak g rumah dia dekat Chemor.. so dalam pukul 10.30  lepas sarapan free dekat rumah aku.. kami pun bertolak la.. aku bawak diorang jalan-jalan dekat pantai ban Pecah.. so terus ke Chemor.. kami g pun sebab ada makan tengah hari.. yela Nabilah cakap mak dia nk masak.. makan free kot rugi tak g.. sampai rumah nabillah dalam pukul 1.. kami rehat dulu.. makan tengah hari.. mmg sedap mak dia masak.. yelah.. gulai daging.. lembut kot daging dai.. berselera kami mkan.. bayak jugak lauk.. Gulai daging, sambal kentang ikan blis, sayur campur, ikan goreng, sambal belacan.. memang terangkat beb.. tp kurang satu tak de ulam.. kalau ada daun selem ker ulam raja ker, memang lengkap la.. tapi pape pun sedap beb.. kami lepak sampai pukul 3 pastu gerak balik tanjung malim..

fuh.. abis juga cerita aku.. penat aku cerita.. nie la kenangan gila kami round 7 negeri dalam masa 2 hari..

Tempat yang kami singgah..Bermula Tanjung Malim (Perak) - Batang Kali (Selangor) - Genting Highland (Pahang) - R&R Kuala Lipis (Pahang) - Bandar Mutakil Billah (Terengganu) - Kuala Terengganu (Terengganu) - Jertih (Terengganu) - Tanah Merah ( Kelantan) - Pasir Mas ( Kelantan ) - Jeli ( Kelantan) - Titiwangsa Nuri (Perak) - Baling (Kedah) - Quensbay Mall (Pulau Pinang) - Parit Buntar (Perak) - Chemor (Perak) - dan berakhir di Tanjung Malim (Perak)..

No comments:

Post a Comment