Wednesday 28 August 2013

Memory 2 Bukhari

kenangan bersama 2 Bukhari

Bismillah Hirrahma nirrahim.. dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.. alhamdulillah segala puji bagi Allah ke atas nikmat kehidupan dan juga nikmat penafasan yang masih di pinjam ke atas diri untuk menyambung kembali menulis di blog sy ini.

alhamdullilah atas izinNya. sy di sini mohon seribu kemaafan kepada kaum keluarga serta kawan-kawan kerana sudah lama blog ini menyepi.. masalah utama yang tak dapat di elakkan adalah disebabkan tiada wifi.. tu la puncanya..hehehe

ok kali ini aku nk cerita mengenai sweet memory aku.. untuk pengetahuan semua.. aku sekarang sudah bergelar seorang guru. walaupun hanya sekadar guru pratikum tapi tak kesah la yang pasti aku tetap akan menjadi seorang guru seperti janji ku dengan arwah ibu ku tersayang..

gambar yang aku letak di atas tu adalah gambar aku bersama pelajar-pelajar 2 Bukhari Ssekolah Menengah Kebangsaan Gunung Memanggol.. tapi aku bukan mengajar 2 Bukhari ja.. tetapi ada 5 kelas lagi.. tingkatan 3 Muslim, 3 Nasaie, 3 Tirmizi, 4 Ttirmizi dan 4 Ibnu Majah. tapi yang specialnya kelas 2 Bukhari ni daripada kelas-kelas lain.. diorg nie dh mcm xblh nk berpisah dengan aku... yg paling heran dengan diorg nie.. diorg xbg aku keluar kelas walaupun waktu aku dh lama berakhir.. adalah satu hari tu.. aku terambil masa ustaz Ridzuan sampai 20 minit.. jenuh ustaz tu tunggu kat luar kelas.. diorg xbagi aku keluar kelas.. n diorg xnk bg ustaz masuk.. hahah. macam2 hal..

Macam2 perangai diorang nie.. yang terbaru.. diorg ni merajuk dengan aku disebabkan aku melayan pelajar 1 Bukhari.. dah mcm perang dah.. diorg boleh bergaduh dengan 1 Bukhari.. diorg cakap 1 Bukhari nk rampas aku daripada diorg.. ish mcm2 perangai.. aku pun xtaw la knpa diorg boleh mcm tu.. n aku siap kna marah lagi sebab aku layan budak 1 Bukhari.. diorg ckp cikgu hanya ganti kelas diorg ja.. bukan kena ajar diorg.. adoi.. aku nek pening betul dengan diorg nie.. yang betul2 marah si Mira n Si Tasha.. marah sakan diorg.. tak tahu la kenapa...

tp yang aku suka dengan kelas nie, diorang suka belajar.. walaupun jujur n serius aku tak suka kawan dengan orang yang tengok buku selalu tapi lain dengan diorg.. diorang selalu datang jumpe aku untuk tanya soalan atau tanya tentang kerja yang diorg tak faham.. n selalu jugak la datang umh aku time siang ke malam ke tak kira waktu untuk tnya tentang kerja sekolah.. yang tak boleh belah ajak aku menyembang.. tapi aku tak kesah pun. maybe kalau ckgu lain tak bg student datang rumah.. tapi jenis aku tak kesah pun.. sebab bagi aku kalau kita berjauhan dengan pelajar mana kita nk tahu masalah diorg.. so aku bantu je setakat aku mampu.

gambar yang diatas tu semasa aku buat kelas tambahan dengan diorg.. time tu aku ada bagi sebuah lagu untuk diorg hafal n nyanyikan dekat aku masa hari terakhir aku nanti.. tpai masing2 cakap tak hafal n tak nak nyanyi kat aku.. time kelas tu sempat jugak aku tnjukan pesembahan magic. bg diorg happy.. tp perkara yang aku fikirkan sekarang nie boleh ke diorang nak berpisah dengan aku nanti..??? macam mana dengan pelajaran diorg kalau aku tak de nanti.. ??? emmm aku harap diorg kena faham.. aku hnya guru pratikum bukan guru sebenar lagi... cikgu itu milik semua pelajar.. orang cakap setiap pertemuan pasti ada perpisahan.. untuk kelas 2 bukhari.. teruskan usaha untuk capai cita2 masing.. cikgu doakan kejayaan kamu semua, lebih2 lagi dalam subjek sejarah... ok semua???

aku rasa itu je kot yang aku boleh cerita.. tnggu la cerita yang seterusnya.. jumpe lagi k.. smile always ( ^_^)

No comments:

Post a Comment