Thursday 13 December 2012

KEM P.R.S SEMARAK MINDA


Hai korang semua. hah kali ni aku nak cerita kat korang mengenai Kem PRS Semarak Minda pada 7hb-9hb Disember 2012. kem ni diadakan bertempat di Kem Lembah Genting Batang Kali, Hulu Selangor. korang nak tahu apa yang berlaku pada kem ni?? hah bes ke xbes biar aku cerita dari mula. Kem ni dibuat untuk mrkh Koko sebanyak 40 markah. maksudnya siapa xg kem ni hilang la 40 mrkh. masa 7hb disember 2012, kami kena berkumpul di depan auditorium. korang nak tahu, aku tengok semua muka-muka yang g kem ni semua masam je.. ada juga muka ketat. macam xikhlas nak g kem ni. aku ingat aku sorang je yang malas nak g kem, rupa-rupanya boleh dikatakan separuh dari peserta jadi beban & malas nak g. kalau kem ni xmelibatkan mrkh aku rasa 2 3 orang je kot yang pergi.. heheh.. perkara yang aku dengar mula aku sampai depan auditorium tu adalah komen pasal tempat. yela aku dengar diorang cakap bayar mahal tapi pergi tempat dekat xberbaloi lansung.. diorang yang cakap, aku xcakap k. hheheh

masa kitaorang sampai je kat tapak kem. semua muka bertambah masam sebab ada orang cakap temapt dia teruk sebab kemudahan tidak mencukupi. aku igt diorang main2. tp bila aku sampai jer. hah ambik kau.. mmh pun tempat dia teruk. katil penuh debu, siap bertahi cicak lagi, prasaranan amat mengecewakan tambah dengan tandas pun xde pili.. kalau sakit perut memang mampus. tempat mandi pun pakai kolah yang xdicuci. mmg sedih la aku tengok.hah korang nak tau, memang ramai peserta yang komen pasal temapt, adalah suara-suara ghaib yang mengutuk tempat tu, salah sorangnya aku, hahah. mana tak komen, bayar mahal kot RM80 tu.. hahahah

pada malam tu, kami jalankan aktiviti Ice breaking. semua peserta macam malas je nak join aktiviti tu. yela time tu hujan.. sedap kot kalau tido.. haha. peserta buat macam tak layan je masa fasi handle aktivti tu. kesian aku tgk fasi tu. tp lama-lama, peserta mula beri respon. yang paling aku bengang sekali peserta lelaki boleh pulak main kentut2. peh bedengung kepala aku bau kentut diorang tu. macam-macam hal der.

tengah malam aku igt dah xde aktiviti, alih2 instruktor kem ambil alih & buat aktiviti Night Walk. peh terkejut giler der. sebab lepas hujan pun diorang buat jugak. aku igt diorg xnk buat. nak xnak kena la join jgk. perkara yang paling best time night walk ni time jalan sorang-sorang bawak lilin. yela time ni la akan menguji keberanian masing2. hah korang jangan nak kata aku ni penakut. sory skit aku ni bukan penakut cuma xberapa berani je. heheh tp malam tu aku xrsa apa2 tp ternampak juga kelibat-kelibat putih bila aku buka spek mata aku. hah time ni la Liza satu kumpulan dengan aku mula mengigil n takut. dia soh aku dok depan dia supaya aku boleh tunggu dia.. bila tiba giliran aku, aku pun jalan la. aku cuba jalan lambat sebab Liza soh aku tnggu dia. aku tnggu dia tp dia xdtg. lama juga aku tnggu. jadi aku pun jalan tnggl dia. last2 dia jalan dgn kawan dia.. rupanya dia tnggu kwan dia sebab lilin dia padam. dia jalan sekali 3 orang.. penat aku tunggu. pkai lilin tu memag buat aku silau. aku xnampak jalan der. nasib baik ada cahaya lilin dr kawan aku Ijan yang jalan depan aku..kalau x memang aku langgar pokok la.. hahah

keesokan hari plak. kami jalankan aktivti jungle tracking. best owhh.. masok sungai, naik bukit, masok hutan, yang paling seronok kena merangkak macam biawak dalam lumpur...

hah ni masa jungle tracking.. best3 


hah ni la aku kata kena masok dalam lumpur tu.. hahah 
macam askar komandor x?? ke macam biawak yang tengah cari makanan..
hahahha.. 

ahhaahha.. memang lawak giler time ni. yela mana xnya semua orang kene.. bukan peserta je, fasilitator jugak kene merangkak macam biawak ni.. hahah lawak-lawak. lepas selesai je kami jungle tracking.. kami diberi peluang untuk bersihkan diri.. apalagi terjun sungai la.. hahah lama kot aku xmandi sungai.. bila dapat mandi guna dengan sepenuhnya la. hahha

lepas kotor jungle tracking.. masa untuk mandi sungai
best wooooo..

lepas sudah mandi kami pun g makan dan solat zohor. hah masa petang tu pulak kami jalankan 3 aktivti serentak. aktiviti yang kami jalankan memang bes. korang nak tahu aktivti apa. hah tengok gambar kat bawah ni hehhe

hah ni aktivti yang pertama aku lakukan iaitu aktivti 'Sniper" aktiviti ni macam main perang jugak. tapi yang uniknya permainan ni. penyerang akan baling bola kepada pasukan lain dengan mata tertutup. hahh memang lawak sebab baling bola macam budak-budak. haha yela mata tertutupkan.. memang xnampak pape la.. 


hah ni plak aktiviti yang kedua.. aktiviti ni yang paling aku tak suka. aktiviti ni aktivtiti "lepas rintangan".. korang tengok gambar pun korang dah dapat agakkan apa yang aku xsuka.. kena merangkak dalam lumpur der. baju jangan tanya la dari atas sampai bawah kotor dengan lumpur. hah ambik kau kutuk lagi masa datang tu. ni la balasanya.. hahahha.


ni aktivti ketiga.. hahhaha.. aktiviti ni yang paling aku suka. aktiviti ni dipanggil "Flying Fox". memang best giler sebab kita menyeberang sungai tu. dh macam superman dah aku rasa. cuma dia punya cabel dia pendek. jadi xberapa puas la naik.. hehehe.

lepas jer semua aktivti tu kami pun apa lagi kena buat persiapan untuk malam pulak. sebab malam tu kami ada aktiviti malam kebudayaan. macam besa la kena buat persembahan. malam tu kami buat pesermbahan spontang jer. yang penting semua happy. hhaha

lepas je aktivti malam kebudyaan, kami dihidangkan pula dengan akitviti "cari mafia".. aktiviti ni bes bagi aku. tp strees. sebab aktiviti ni kena cari mafia yang bersembunyi dikalangan orang kampung. masa main kali pertama aku baru dapat men kejap dh kene bunuh dengan mafia masa mata orang kamu dipejamkan. strees betul. lepas je aku kena bunuh aku dapat lihat 5 orang mafia yang kejam.. hahah... lepas habis pusingan pertama, kami main sekali lagi.. ni lagi strees. masa mula, aku, faisal, wan, fitri satu geng aku igt kawan kami yang bernama sani yang mafia. masa tutup mata tu, kami bersembang & buat bising suruh sani bunuh kami.. lepas bukak mata yang lawaknya. aku, faisal,wan,fitri n sani, sebaris kami kene bunuh. hahahah.  memang lawak.. tu la padan muka sapa suruh bising.. hahaha

lepas aktiviti tu kami dibenarkan tidor. jam pukul 3 pagi.. aku terkjut bila Fadhil, kwan aku dripada Budak IT kejut aku, dia cakap Sarjan panggil semua berkumpul.. giler aku dh la susah nak tida. bru tido kejap dah kena kejut.. memang sumpah seranah aku malam tu.. aku pn kuar g berkumpul. time tu sarjan panggil nama aku dan 12 kawan yang lain.. sarjan marah2 & kata kami buat salah.. aku dh dapat agak yang tu resolusi bufday.. sebab selalu aku yang buat kat orang lain bila g kem.. malam tu aku yang kena. so aku dh dapat agak la yang malam tu diorang nak suprise bufday.. so aku pun layan je supaya tak malukan fasilitator n intrukstuktor kem.. yang paling lawak, fasi pun kena sekali. hahah lawak2.. kami kene cuci cawan. n yang xleh tahan aku kena cuci singki yang penuh dengan nasi + tulang ayam + mee goreng + pasir + bau busuk.. tp xpa sebab aku dh biasa buat kerja tu.. so aku layan jela.. heheh

masa yang ditunggu telah tiba.. masa angah kecik dok marah2 kami, fasi pun kuarkan kek bufday sebnyak 3 biji kek.. hehehe.. dalam hati aku kata, hah abis pun resolusi ni.. heheheh so kami pun potong kek, makan kek n tdo balik.. ahahah

 ni masa tarian Bara bara berre berre

 hahaha.. kene conteng muka jgk der

 hahahah.. ni sma ja tarian barra barra berre berre,

nie dia kumpulan 7 yang spoting.. hehehe

lepas je aktivti explorace, aku pun bersihkan diri dan sedia majlis penutup. hah lepas makan tgh hri kami pun apa lagi naik bas n blik ke UPSI.. memang best pengalaman yang aku dapat dari kem ni.. orang cakap jangan tengok dari rupa tp tengok kepada pengisian dia. walaupun tempat xsebarapa tp pengisian program amat menarik n hppying.. best2.. terima ksih kepada kwan2 terutamanya kumpulan 7 dan juga kwan2 yang join kem ni yang lain.. n tak lupa juga geng2 aku sani, izwan, faisal,fitri, yoe,wadi, tuan fakri, zul n semua sekali. terima kasih jugak pada ajk pelaksana, fasilitator terutamanya housemate aku Syafiq, intruktor kumpulan B cik Adawiyah dan juga fasi2 lain yang terlibat serta instruktor kem lembah genting.. tak lupa juga pada Pensyarah PRS Dr Syed Sofian Bin Syed Salim yang beri kami ilmu yang amat berguna sebelum melangkah ke Alam Pendidikan.. itu saja cerita aku untuk kem.. sekian...






5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. eh! eh! kita g camp yang samalah.. hue3~ :D

    ReplyDelete
  3. semoga program sebegini menjadi seribu kenangan buat kita semua!!! syg geng PRS....

    ReplyDelete
    Replies
    1. emmmm betul tu.. sbb program ni jugak kita kenal dgn org len kn.. heheheh

      Delete