Monday 17 December 2012

Festival Puisi & Lagu Rakyat Antarabangsa


Salam semua sahabat sekalian.. hah kali ni aku nak cerita sikit pasal pengalaman aku pergi festival puisi dan lagu rakyat antarabangsa yang diadakan pada 15-17hb Disember 2012 bertempat di Pantai Bogak Pulau Pangkor Perak. Festival ni merupakan festival siri ke-3 dimana menghmpunkan semua penulis-penulis terkenal tanah air dan jugak penulis serantau. di festival ni jugak ada persembahan mendeklamasi puisi dan juga perbincangan mengenai karya buku seperti "Travelog Syechelles" karya Prof Madya Dr Talib Samat. Buku ni telah dirasmikan sebagai sebuah buku sejarah sebab.. buku satu-satunya buku yang menceritakan dengan jelas mengenai sejarah Sultan Abdullah dan Juga Ngah Ibrahim.. tp yang seronoknya buku ni aku dh beli sebelum dirasmikan.. Bangga juga jadi pelajar kepada seorang penulis yang terkenal seperti Prof Madya Dr Talib Samat.





sekarang aku cerita pulak mengenai perjalan aku dan kawan-kawan aku semasa pergi dan pengalaman aku dipulau pangkor..


hah ini masa hari pertama aku dan jugak kawan kelas prosa melayu baru tiba di jeti pulau pangkor. hahah memang best. yang paling bes bila aku dok sakat budak perempuan yang bernama ayu.. kesian dia.. sampai malu aku sakat dia.. tp nasib baik dia ni sporting.. kalau x, dh tentu aku mkn lima jari dia.. hahha...

lepas je kami sampai  jeti pulau pangkor, kami dibawa ke tempat penginapan. mulanya aku fikir kami akan menginap di Puteri Bayu Resort, rupa-rupanya dekat pusat Kokorikulum Perak.. memang sedey beb.. mana tak nya, akudok pikir tidur resort alih2 dom jugak.. peh.. kecewa.. tp nasib bek dom yang kami dapat tu kiere high class juga la.. sebab ada katil dan ada air cond.. kalau tak memang sedey.. lepas jer kami letak beg.. apa lagi kami pun g berjalan la.... macam gambar kat atas tu.. hehehe


hah.. tu dia... sighboard Puteri Bayu Resort.. hahahha.. xdpt tdur kat resort ni pun sekurang-kurangnya ambik gambar pun jadi la.. heheh... masa petang ni.. kami dh kene pergi segment pertama itu diskusi buku "travelog syechelles" dan taman Syurga.. segmnet tu di buat dekat dewan.. hah tengok gambar dekat bawah ni.. heheh

hah.. ni la time diskusi tu..  masa ni.. mata aku mengantok giler.. korang tengok la muka firdaus tu.. memang dh tidur.. tengok muka Amir, budak yang pakai topi tu.. dia pun dah tdur.. memang mengantok beb.. ehh.. sebelum aku terlupa.. orang yang pakai baju kuning tu la lecterer kita orang yang ajar kursus Prosa Melayu.. Dia jugak la penulis buku "Travelog Seychelles".. itu la PRof Madya Dr Talib Samat.. nanti masa akan datang aku cerita lebih lengkap mengenai 2 orang tokoh yang bagi aku memberi perangsang untuk aku menulis.. Prof Talib dan juga Prof Mana Sikana..

lepas jer tamat diskusi yang mengantok tu.. kami pun keluar la.. then pergi minum petang lepas tu.. jeng3.. masa untuk cuci mata la.. hah tgk gambar dekat atas. masa untuk berposing di tepi pantai.. ehhehe. pantai dia cantik kot.. dengan pulau-pulau kecil di tengah laut.. memang mempersonakan... lepas jer dapat lampu hijau dari prof yang cakap kami boleh bersantai.. jadi ini lah berlaku.. nak tahu apa dia?/ tengok gambar dibawah,, hehehh



jeng.. jeng.. jeng... hah ini la masa aku tunggu,. mandi laut la.. hahhah.. bes glier mandi laut time ni.. air dia punya la masin.. sampai pedih mata aku.. tp apa nak buat.. yang penting mandi.. yeeeppii... hahahha

ni pun gambar time mandi jugak.. 


hah.. tentu korang nak taw kenapa kami pegang wadi kan?? korang nak tahu apa yang berlaku kat wadi time ni.. hah.. tengok gambar bawah ni.. hhahaha

hah itu dia.. kitaorang tanam si wadi ni dalam pasir,.. tgl kepala ja kitaorang xtanam.. kalau x dah tentu arwah si wadi ni.. yang xboleh tahan.. masa ni. si yoe dengan raziman buat perkara xsenonoh.. korang tengok la tang si yoe tu apa dia buat.. astaqfirullah alazim.. ish3. kesian wadi..

masa time malam pulak kamu dengar puisi.. tp yang sebenarnya xdengar pun tp buat2 dengar.. hahah.. yela.. malam tu hujan kot.. dengan air sepoi2 bahasa.. memang membawa kepada kemengantokan mata aku dengan si allan talib.. malam tu.. sebelum puisi tu habis.. sempat lagi kami perkena bubur pisang dengan roti.. sedap jugak.. aku ingat aku dengan Allan je kuar rupanya si Erman, Amir, dan Ani a.k.a bek-bek pun kuar jugak.. kami bli burger n lepak kat pantai.. hehehe.

esk pagi pulak.. yang paling best.. lepas makan pagi lebih kurang pukul 9 pagi.. kawan-kawan yang lain pergi ke Arena Pangkor untuk pelancaran dan perasmian Festival. aku dengan si Allan boleh tidur sampai pukul 12.. hahaha.. memang giler la Allan.. hah jgn korang cakap kami malas.. bukan pasal malas nk pergi perlancaran tapi sebab bilik tu sejuk & sedap tidur.. tu yang tidur sampai tak sedar tu.. heeh.. petang tu aku dengan Allan Sewa Motor dengan harga RM10 sejam.. kami g shopping & pusing satu pulau.. best giler sampai sesat jalan.. nasib bek ada orang tok kami tanya.. kalau tak memang sesat la jawabnya..


disebelah malam pulak.. macam biasa la deklamasi puisi dan juga lagu rakyat.. tapi malam kedua tu lagi best sebab ada persembahan oleh Najwa Latiff.. aku tengok gemuk si Budak ni.. hahah.. tp dia nyanyi 1 lagu jer.. datang jauh-jauh nyanyi 1 lagu.. memang xbalik modal la.. heheh.. tp apa-apa pun tetap terhibur...

disebabkan bosan kami pun g jalan2. hah ni la punca bila kepala dh masuk air,,.. hahahha lawak2

hari esk pulak.. macam biasa la.. pagi tu kami kemas barang-barang bersedia untuk balik pulak ke UPSI. lepas je Fouzi buat persembahan puisi. kami pun siap2 dan bergerak ke Jeti.

ni masa dekat jeti Pangkor Masa nak balik.



 di atas Feri.. gaya Ala2 dalam filem Titanic. hahah

 Hah.. ini dia geng Kapak.. hahhaha

Semasa di Jeti Lumut sementara tunggu Bas. Kami Berposing la dulu.. heh

hah.. itu la serba sedikit cerita aku yang dapat aku kongsikan dengan korang semua.. hahah.. terima kasih semua khusunya Prof Madya Dr Talib Samat, Pelajar Kursus Prosa Melayu Sesi 1 Tahun 2012/2013 dan juga semua yang terlibat secara lansung mahupun tidak lansung.. yang penting.. kami heppy.... hhahahahha

3 comments: