Tuesday 11 December 2012

Drama Merdeka


Mari aku ceritakan serba sedikit mengenai drama merdeka ini.. drama merdeka ini adalah karya Prof Mana Sikana yang kelima selepas drama 'Di Hujung Tamin Sari , Pasir-Pasir Di Pasir Salak, Air Mata Naning , Catatan Tun Sri Lanang dan yang terakhir adalah Drama Merdeka.

Drama Merdeka ini pada asalnya bukan tajuk merdeka tetapi bertajuk Mentari Bangsa. entah macam mana tajuk drama ni boleh bertukar. bagi aku tajuk Mentari Bangsa tu lebih menarik dan lebih membuat orang tertanya-tanya. tapi apa nak buat bila semua krew nak tukarkan tajuk dia. so terima la dengan seadanya.

Untuk pengetahuan korang semua. drama ini adalah drama pertama aku sebagai pengarah drama. sebelum ini hanya sebagai pelakon dalam drama Pasir-Pasir Di Pasir Salak dan sebagai Penolong Pengarah bagi drama Catatan Tun Sri Lanang. Aku sangat berterima Kasih kepada Prof Mana Sikana sebab untuk sem ini aku diberi kepercayaan untuk jadi Pangarah Bersama bagi menyelesaikan pementasan drama pada kali ini. alhamdullilah, pementasan drama Merdeka boleh dikatakan berjaya.

Walaupun ini kali pertama aku mengarah sebuah drama dari karya seorang nama besar seperti Prof Mana Sikana, aku rasa amat takut dan risau. setiap malam aku berfikir adakah aku mampu untuk mengarah drama ini. pada mulanya aku tak yakin. tapi bila komitmen dan kerjasama daripada semua pelakon dan krew. aku mula yakin yang aku mampu untuk mengarah drama ini. aku nak berterima kasih juga kepada Che Wan yang juga pelakon dan pengarah bersama dalam drama ini yang banyak juga beri tunjuk ajar serta membantu aku dalam mengarah drama ini.

Bagi aku ini satu pengalaman yang hebat dan bermakna bagi aku kerana aku diberi kepercayaan oleh Prof Untuk mengarah drama ini dengan sokongan Che Wan dan juga barisan pelakon yang bersama-sama dalam menjayakan drama ini.

Jadi inilah serba sedikit coretan kata aku dan luahan hati aku untuk drama ni. aku nak berterima kasih kepada semua krew terutamanya Liza dan Fauzi, para pelakon. Ujang, Bustam, Broock, Macmichel, Sumping, Jantan, Barum, Salmah, Bibah, Jalil, Ah jung dan juga barisan orang kampung, askar british, melayu, komunis, jepun dan juga semua krew yang beri komitmen dan kerjasama yang baik sepanjang latihan drama ni. yang paling aku seronok dapat kenal Student BM dengan lebih dekat dan mengeratkan silaturahhim. semoga Allah kekalkan silaturahim ni. insyaallah..

6 comments:

  1. Replies
    1. emmmm aku thu alla.. kau kan pelakon terbaik

      Delete
  2. wahhhh..ada blog da kwan aq nie. Jangan lupa aq pun terlibat dalam drama nie. Hampir semua scene aq ada. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. emm kan aku dh ucp terima ksih utk semua... ok.. ni khas.. terima ksih kepada ajk prop terutamana farahani misran yang bersungguh2 dalam melakukan tugasnya sebgai ajk prop.. hahaha jasa anda dikenang

      Delete
  3. hahaha...aku pon wei..slamat berblog kerul... >_<

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye2 terima kasih jugak kepada ajk Kostum yang bergitu komitet dalam berusaha mencari pakaian yang diperlukan oleh para pelakon... Hidup Ajk Kostum.. hahahah

      Delete